Monday 17 December 2012

Being The Best

Assalamualaikum, Bismillah.

Mengikut tajuk bergaya habis la konon macam saya ni the best. tak pe lah..sekadar pemangkin semangat . apa salahnyaa,, hehe.  hmm buat saya dan sesiapa yang membaca, kita kena sentiasa cari motivasi n inspiration. biar cita-cita kita tu sentiasa kita nampak. n tak sepatutnya membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan diri kita sendiri sebenarnya. Dalam facebook terutamanya. update perkara nonsense segala, saya pun. tgh belajar supaya semua benda tak diluahkan kat fb..hmm, benda tu membolehkan orang dengan mudah judge kita begitu dan begini. sebab cara kita bercakap menunjukkan siapa diri kita. (alaa macam interview, tengok selekeh sikit dah kurang keyakinan si majikan tu nak mengambil si dia tu sebagai pekerja.) ahha, ada kaitan ke?

bukan bermaksud untuk.. oh, di fb ni.. ramai orang akan tengok aku. so aku kena cover sikit. no! be yourself. berakhlak mulia. saya juga sedang belajar jadi lebih berakhlak dalam berkata dan act. caranya dengan tahu benda salah dan tidak. bercakap hanya yang perlu *saya juga. jangan bercakap benda yang boleh menjatuhkan imej kita sebagai muslimah contohnya. Pemalu dan berpada-pada gituu. fikir dan baru cakap. kadang kita terlepas cakap,hmm xpe. kita belajar dari kesilapan. ish, rasa nak letak je kat ending of setiap ayat bnda ni --> *Saya jugak . saya juga saya juga!!

all about me.. saya sedang belajar. saya nak kongsikan juga dengan orang. biar lebih semangat.. ye tidak? hehe.
Semua orang berjaya yang saya tengok lah kaan, semua petah dan hebat berkata2 . hmm cool, tidak 'gelojoh' dalam bertindak, berhati2, tidak 'over' dalam mana2 laman sesawang like fb, semua org menyenangi dia. hmm saya? hamboii, hanya Allah yang tahu.  sebab apa diorang macam tu? mungkin, *mungkin ye* sebab diorang tahu kalau asyik over kat laman sesawang, macam mana nak berjaya. *over sangat (*addict la tu. hihi) sampai  yang saya kenal setakat ni.. pelajar cemerlang semua tu mereka semua tak addicted to any laman sesawang kot. kalau mereka boleh kenapa bukan saya dan awak2 semua. menjaga masa seperti mereka

*actually, entri hari ni banyak mix sikit..dan agak panjang.. huhu, tapi saya teringin nak mengeluarkan apa yang saya rasa ni.. nevermind kalau tak nak teruskan*

baikla, Mereka yang berjaya ni semua tahu , we need to be the best. even everyone think they wanna be the best. haha if you get it. macam ni lah senang. asal kita tahu kita dah buat yang terbaik.. ha itu lah maksudnya kita dah jadi yang terbaik!  pendapat saya macam tu je. sedikit sebanyak dipengaruhi kata2 orang yang hebat dalam rancagan 'Entri Jameela' :D Kalau nak ikutkan diri saya ni. saya rasa saya tak cukup buat yang terbaik. PMR dulu saya akui mmg tak buat yang terbaik, sbb result tak mencapai sasaran . amatlah sedih perasaan tu memang tak boleh lupa. lama2 surut sendiri :) and! Final Exam hari tu pun. bukan pencapaian akademik yang terbaik. tapi saya dah usaha yang terbaik. So I am the Best!.. well, beat ourself .. bukan beat orang lain je ingat., asal kita tahu kita dah kalahkan 'kita yang dulu' . yang malas, yang teruk segala benda.

buat sesuatu dengan bersungguh2 ! saya akui masih lagi terasa malas tau. dah 3 hari tak bukak buku.. asyik bersukan je semenjak2 ni. sampai tak larat dah nak belajar. yang larat tu novel aje. haha baca buku jugak kan tu.

Nak berlari sikit hehe. sebab teringat..,, Prof Muhaya pernah kata., kalau kita hidup berdasarkan apa kata orang. kita tak akan bahagia. senang je faham kan. lagi pun dunia ni tak payah nak kesah apa orang cakap, bukan dengan judge mereka juga kita masuk syurga. kadang memang perlu kisah , tapi jangan melebih2. sebagai panduan contohnya, mungkin kita tersilap. asal kita tak melanggar syariah sudah. itu aje.

Ada juga yang berkata .. Kita nak berjaya , tiru cara orang yang berjaya, bukan menjadi diri orang yang berjaya tu..
Menjadi diri sendiri tu penting. sebab itu lah keselesaan kita.

Setakat ni sahaja..
Maaf entri agak lemah untuk focus kan seperti tajuk. Hope me n u dapat belajar something bermanfaat.

Saya rasa lebih bersemangat, sebab esok ada tuisyen :D Doakan! <3

BarakaAllahuFiikum.




Friday 14 December 2012

Semangat Tinggi Menggunung !

 Assalamualaikum, Bismillah

*amboi tajukk .. ahhaha!*

okey~Saya nak mulakan dengan kata-kata cg tusyen saya ni. cikgu B.Melayu. saya tak ingat nama dia apa.. oh x mngapa hihi, better tak sebut nama bukan?

dia cakap begini.. 'biasa orang pendiam ni benda yg dia fikir semua dia buat, orang banyak cakap ni tak pulaak, dia cakaap je .. tak buat pun'
Im not taking it serious but... emm. yea, Im the one who love to talk. what i dream, I will share it with ma families and friends. they all know what I wanna be one day. sbb apa tauu, ada pakar motivasi cakap, kita kena cerita kat orang apa yang kita cita2 kan. baru lah semangat nak laksanakan sebab kita seakan2 berjanji dengan cita2 kita tu. one day it will be happen gituu . so think positive. tak payah nak kesah semangat negative yang ada tu. Chill. be strong. baru hujan renyai2 je benda macam tu. jadilah gunung besar yang menghalang hujan. Be tough!

tapi ye. tapii!!
I'm afraid that I not 'walk my talk' . just afraid sbb selalu sangat fikir apa yang diinginkan. lupa nak berusaha.
Kini tidak lagi ..cewwah.. lebih bersemangat *calon spm ye saya.
Next year SPM x boleh main2 dah.. <--- aaaah ayat ni selalu sangat. harap bukan kata kata kosong ye kawan-kawan. hey support me. Im learning to walk my talk yaw

Cuti sekolah ni memang tak de benda nak buat selain tolong umi buat kerja rumah. tak boleh nak pilih ye nak tak nak buat. ianya kewajipan. KEBERKATAN. keberkatan waktu, keberkatan Ilmu n much more~ semuanya dari Ibu. bagi saya lah. jika salah harap beri pendapat.. so! masa diisi dengan surfing internet and baca novel-novel tertunggak. . beli je lebih, baca slowmo. banyak tau dah baca.

haa ini sahaja yang tinggal. actually ada satu lagi.





kembali kepada hala tuju asal . semangat nya adalah semangat belajar! semestinya.. tahun depan saya akan menduduki peperiksaan penting. itu salah satu sebabnya semangat. nanti ada lagi sebab.. hoho. study balik syllabus form4 semua. meh meh nak tunjuk nota saya buat ni. haaih bukan senang nak berenang melawan arus kemalasan dan godaan syaitan duk mengahadap fb tu. 
TARAA... see.

Economy bab 2


Inilah dia nota yang tak seberapa. ada banyak lagi.. entah tetiba terdelete.. tak larat nak tekan undo sbb kejadian terdelete tu dah jauh kebelakang
.

semangat lagi timbul dengan benda2 di bawah ni . Luv youu :D























Inilah meja kesayangan jantung hati ku. see pic. my mummy there. sambil belajar, Ingat umi yang susah payah menjaga dan mendidik. *ni baru lepas study.. haha xde keja, snap random.
you see all the reminders merangkap kata-kata semangangat di situ?  huhu
~Beauty~

nampak tak segugus medal tu. ihihik. saja je nak show off. lol ok merepek .. itu dah kebetulan ada nak buat cemana.

Baik.Alhamdulillah dengan segala yang dimiliki setakat ni.

*cukup cukup sudaaah, cukup sampai di sini saja* oh sudaah keluar lagu Nirwana. 


ok done for today. doakan usaha saya berhasil ya,,segala yang dirancang. kita kena tahu rancang masa depan kita. even bukan kita yang tentukan. here.. 'person who failed to plan are planning to fail' lebih kurang gitu lah madahnya. tak ingat. So, Fikir-fikir kan lah dan selamat beramal.

BarakaAllahufiikum . See ya!
           






Tuesday 11 December 2012

never forget

Assalamualaikum, Bismillah.

skrg dah lewat malam .. nak jugak update utk tenang meluahkan apa yang terbuku. sikit je. I promise .

segalanya tentang angan2 atau lebih manisnya Cita-Cita. kalau angan2 tu macam angan angan mat jenin je-macam angan-angan kosong. oh Allah., rasanya apa yang saya nakkan sangat selalu ada dalam otak , terfikir la itu ini. tiap hari tau. tak tipu.

sebab tu lah rajin semacam nak study. sbb dengan study lah segalanya bermula. *ecewwah. selain doa.
Ya Allah seronok nya kalau dapat jejak kaki kat Europe. sejukk , cantik.. pakai baju tebal2 bergaya. waah smart ^^. ayah lah idola pertama ku dalam hal-hal mcm ni. sumber inspirasi gituu. sbb ayah penah study overseas jugakk

saya takkan lupa apa yang saya cita-citakan. yang utamanya!-further study di Europe. tersangatlah gila pasal tu. haha.

semuanya membuak bila ada senior yang hebat hebat belaka. ouh jealousnya baca entri mereka yang belajar di overseas kat blog. ni jealous positive tau. hehe nak jugaak

tapi saya selalu ingat satu entri blog ni- never complain n compare.
harap saya tak macam tu. saya cuma jadikan segala2 nya yang buat kan saya jealous kononnya tu sebagai contoh or pedoman untuk terus do the best and keep going. never give up as well

doa. Ya Allah doa! tersangatlah jangan lupa or malas. yakin kan diri doa akan dimakbulkan kelak.
Allah Al Rahim Al Rahman bukan? maha pengasih maha penyayang.

doa, merayu... bagaikan Dia di depan kita. ohh nikmat rasa tu <3

saya selalu ingatkan diri spy tak malas n keep praying.

kalau malas bagaimana mampu menggapai bintang?  bukan?

ok..setakat ini sahaja. wassalam Love you. May Allah Bless all of us
 need to go to sleep its late already .

Sunday 9 December 2012

Mimpi Ke Bintang

Assalamualaikum , Bismillah

Bukan lah dimaksudkan 'mimpi' itu mimpi dalam tidur.

tetapi mimpi - Matlamat dan Impian

rasanya semua orang ada impian dan matlamat. Ingin menjadi Doktor, Engineer dan sebagainya.
Saya juga.! Saya teringin sangat nak merasa terbang ke negeri orang. yang pertama semestinya Mekah.. untuk menunaikan haji dan umrah. alangkah seronoknya.

Keduanya semestinya saya mahu menjejakkan kaki di negara bersalji. Europe! Saya nak further study di sana suatu hari nanti dalam bidang Economy and Islamic Banking.. alangkah seronoknya jika dapat biasiswa., ditaja.

saya sedar.. segalanya perlu persiapan. antaranya. BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH , Doa! Tawakkal.








saya sedar segalanya akan menjadi lebih mudah jika saya mendapat yang terbaik dalam SPM kelak.

perlu saya sedar juga-akan hal yang lebih penting adalah tunaikan HAK yang sepatutnya.

cuba kita bayangkan.. kita mahukan itu dan ini. tetapi apa yang Allah suruh iaitu hak Allah kita tak laksanakan. Solat dilewat2kan. dan sebagainya..
Apa yang Allah hendaki kita tidak laksanakan. macam mana pulak kita boleh berharap apa yang kita hajatkan, apa yang kitra mahukan ditunaikan dengan segera.
All about me. hehe

Doa! Allah sangat menantikan doa daripada hambanya. Allah lebih suka hambanya meminta2 , berharap kepadaNya. Allah bukan manusia yang lagi diminta lagi geram dibuatnya.  bukan?

dan , kita dianggap SOMBONG jika lepas solat tidak berdoa. oh, alangkah hinanya diri ni.

saya selalu berdoa agar yang saya mimpi-mimpikan selama ni tercapai.
Oleh itu, saya perlu lah selalu belajar bersungguh-sungguh. menggembirakan hati parents supaya berkat apa yang saya lakukan.

Oh ya. saya selalu tanya itu ini kat orang yang lebih senior tentang biasiswa dan bidang yang saya nakkan.. huhu. ada sorang ustaz ni, dia sedang buat master in Turkey rasanya. seronok bukan? dia banyak kongsi tentang belajar di luar negara n berkaitan dgn biasiswa juga.
Alhamdulillah.

ada juga sorang senior ni, semasa dia form4 dia bercita2 hendak ke Jordan dan belajar Economy and Islamic Banking (saya pun!) dan sekarang cita cita dia tercapai.

*so di sini, kalau mereka boleh, saya juga BOLEH.
INSYAALLAH.

May Allah Bless me and all of you. BarakaAllah. Love You <3

Thursday 6 December 2012

Membaca-Penulis: antara hobi dan minat

Assalamualaikum, Bismillah.

Actually I want to be a writer one day..
maybe it will be my part time job.. who knows? besides my job as 'Pegawai Bank'? hehe

next year on January, will be held a 'Bengkel Penulisan untuk muslimah'
fee; rm60..

waah n dijemput Fatimah Syarha my favourite author! and ayah allow me to go .. thank Allah


menulis menunjukkan apa yang kita rasa selain mengemukakan pendapat sendiri.. menulis sangat menyeronokkan selain kalau tak tahu how to suggest whats on our mind kaan . lagi pun menulis di samping membaca adalah hobi 'ketara' ku..

kita menulis dengan hati dan perasaan yang membuak.. ecewah ^^ seronok tauu. haha
Im not master in writing, yea. still learning. .. I will do my best though

you know, I love reading so much. I read newspapers , novels, books..  whatever lah
dan saya suka baca buku - penulisnya orang yang sama. dan buat koleksi. aah heaven.
macam author - Enid Blyton. I love you :D
                        -Fatimah Syarha . tp baru ada satu novel
                        - Abdul Latip Talib, Penulis Novel Sejarah no.1
Tema novel yang akan dicintai adalah, Sejarah, Novel Tauhid, n novel cintan cintun/versi islamik atau tidak (hehe)

Jadikan membaca itu sebagai hobi. masa terluang.. menghadap buku.. jangan lah dok bazir masa dalam lrt n tggu bas tengok orang lalu lalang or termenung. kebanyakan manusia yang saya perasan macam tu lah. takpe2 kita berlatih..
membaca! macam ni lah kita jadikan masa kita emas! berharga~

nak kongsi sikit ni.
ada pakar motivasi mengatakan.. kita akan lebih berkeyakinan jika selau menjinjing buku .
menjinjing ke orang panngil? Im not really sure. macam pegang buku kat tepi tu laah more less. nampak cam rajin ek. hehe... ni phsicology je.. tapi kita jangan menipu diri sendiri n orang lain. penat2 je bawa buku , tak baca pun. Ikhlas sikit :) jangan lah buat benda xdek faedah macam tu. senang cerita, bawa je bahan bacaan/buku kemana sahaja. Manfaat kan masa menambah ilmu sementara hidup ni.

Membaca Jambatan Ilmu, guys~

Do doa for me . May Allah bless all of us. <3

Friday 23 November 2012

ke Syurga

Assalamualaikum, Bismillah

perlu ke cari teman? kawan? atau sahabat? semua tu datang dengan sendiri. iyeke? mengikut persepsi saya benda ni boleh dibahagikan:- (kalau macam pelik tolong betulkan) hanya persepsi saya. :)

kawan-classmates, schoolmates.. yang hello hye sesama kita, pass by tepi kita.
teman- yang selalu menemani kita susah dan senang
teman baik atau sahabat- yang selalu menemani kita susah senang, marah kita(menasihat), dengar sedih gembira kita. bukan hanya semasa senang didampingi kann?

sahabat ? apa kita mencari atau memulakan? sebaiknya kita memulakan.. memulakan untuk menjadi sahabat.. kita mula untuk memahami , menasihati, be a good-listener bila kawan susah. ha kat sini baru la kita mencipta sahabat. what you give , you get back right?

hidup ni bukan dicipta untuk kita seorang. see, kat bumi ni ada ramai orang. berguna lah untuk saling membantu dan memahami bukan? bila susah didengari, bukan dijauhi.

kebanyakan yang saya nampak hanya berkawan-bergelak ketawa sama sama. tapi bila kita atau kawan bersedih.,susah,? huh, siapa kesah? tapi Alhamdulillah saya ada yang diberi nama 'sahabat', yang caring dan baik hati :D syukur Ya Allah.


kita mahu kan sahabat yang sampai ke syurga. iaitu sahabat yang selalu ingatkan kita kepada Allah. bersahabat dengan niat kerana Allah <3

Alhamdulillah saya ada sahabat seperti yang dimaksudkan.

saya nak kongsikan petikan dari AlQuran:

''Teman teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa''
ayat 67 surat AzZukhruf.


so, jom kita berusaha menjadi lebih bertakwa dan perbaiki niat kita bersahabat. saya juga..
saya tak nak jadi teman karib yang akan bermusuhan tu.
Nauzubillah .

Moga kita hidup dengan lebih tabah ! Chill !

Independent-I Luv You

                                                                                                             
Assalamualaikum, Bismillah
                                                                                             
sekarang tengah cuti.. macam x de kerja? ye memang.
laptop ,tv, novel . itu saja.. tolong2 kerja rumah-common.

Wafdul Amin-program sekolah 5 Dis ni 50-50 pergi/tak pergi

bukan apa..nak pergi nanti perlukan duit poket yang banyak,, al maklum lah nak dekat seminggu kot.
paling kurang pun rm 100 yeah. sian la my parents

and now, Im searching for job vacancies.ecewwah. ha my friends mom, called umi(Huda)-ada ajak kerja ngan dia kat Gombak.

perlu lebih independent dan tak nak menyusahkan parents, i nak beli running shoe and racket .my target now-nak jogging kot and do some sports!cuti ni. my running shoe-lost!, racket dah patah sbb smash too hard. kalau sekolah, boleh la simpan duit poket sehari sehengget.. cuti sekolah ni mana nak cari duit poket you . hehe

yup dah diajar - you want something? yes, I want this and this.. ? nah 50 bugs. never never ever ada such script in my entire life. selama ni novel2, camera, watch even my phones yg dah hilang tu saya beli sendiri guna duit simpanan.
ada la sikit2 umi belanja.. n ayah hanya bagi beli english novel-baru dia belanja..

taraa my stuff. kebanyakannya hasil titik peluh sendiri ^^



purse tu macam buruk hehe


I used to be like that. walau my friends tak semuanya macam tu. nak apa apa terus dapat.. saya sikit pun BUKAN macam tu .

and .. bila dah ada barang yang dikehendaki tu. contohnya jam tangan .. akan ku guna sampai jam tu rosak atau tak berfungsi, baru beli baru. baju pun.. dan banyak lagi barang. ok senang cerita sesuatu barang tu saya ada 'satu' dalam sesuatu masa. jam tangan satu, pencil case satu, what else? phone satu, earphone satu, camera satu. dan macam macam.

see my racket n running shoe pun. see see! dah hilang n patah baru saya beli baru. . . Alhamdulillah diajar berjimat cermat and independent . dengan cara ni .. saya akan lebih menghargai sesuatu benda yang saya dapat.

last but not least

 Muuaaah :D


Wednesday 21 November 2012

I Love You matter

Assalamualaikum, Bismillah.

lama sunyi, periksa dan sebagainya ^^

Wahai diri,kamu,saya,adik,abang,kakak,saudara,saudari

di luar sana sibuk budaya couple, cintan cintun sini sana .. sedangkan cinta Allah x pernah dikejar.
juga cinta sesama saudara adik beradik tak pernah ditingkatkan.
saya juga terkadang macam tu juga . .

sekadar luahan ~ supaya tidak menyibuk hal 'itu'

tak payah sibuk menghargai b/g friend beli hadiah itu ini, sedngkan tak pernah menghadiahkan secebis doa untuk ibu!

tak payah sibuk kata 'sweetnya dia kiss bf/gf dia,romantic'. sedangkan dahi ibu x pernah diciumnya!

tak payah sibuk jaga hati bf/gf sedangkan hati ibu tak pernah dihiraunya!

senang cerita tak payah sibuk nak jadi 'double' cari boy/girl friend istimewa, habis kredit, tanya 'you buat apa? dah tido?'(gaya xde keja 24/7) lupa tanggungjawab sebenar bahkan solat 5 waktu terabai-dilewatkan

hal sibuk tu ada je kat post2 facebook, tweet2 . . dan sebagainya. huhhh sesak nafas

terlampau sibuk dengan budaya couple yang tak dek manfaat..
dan buang masa SESUNGGUHNYA. 

suka orang tak pe. sememangnya fitrah. tapi tak perlu lah sampai kena bagi tau orang tu 'i love you' tiap masa

#saya juga saya juga. mohon dijauhkan :D

Monday 20 August 2012

Amazing Raya '12

Assalamualaikum, Bismillah .

Yaw, Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin.

Raya kedua sudah..
Semalam kami beraya sakan habis.. walaupun cam xde feel malam raya tu, sbb ramadhan akan pergi.. tapi Alhamdulillah.. Aidilfitri tu tanda kemenangan kann?

nak cerita semalam 1st day of Raya.

Kami pergi rumah Nyanyak(nenek in Aceh), sembahyang raya di sana, huh boleh bygkan nak solat di tempat lain tu of coz lah kena bngun awal. tidur lambat pulak .
Nyanyak bagi duit raya sepuluh hengget, dia sorg je bagi sebanyak tu.. hoho Alhamdulillah.

Rumah kedua pulak Rumah atok PApa, belah umi.kat rumah atok PApa mmg ramai org, pakcik umi, pakcik saya dan macam2 lagi .. ada nasi apa tah tak ingat :/ tapi sedap! slurrpyy
hmmm dapat sampul duit raya 3>kepingss , banyak tauu :P

Lepastu kami pergi rumah tok, belah umi jugak. bawak nyanyak sekali sbb nak tngok wan.dia sakit. best! dapat duit raya jugak tau . jgn lupa haha
Di sini saya tidur sakan selama dua jam., mandi, dan solat... ini cousin saya mak dia Japanese .

dari kiri, wan saya, umi, dan baju merah tu cousin saya..

ha, lepas pergi rumah tok, kami pergi rumah pakcik ayah, kira atok sedara saya la.. nak cite kat sini cucu2 dia semua (pgktcousin saya) ya Allah.. saya cakap kat ayah, 'ayah, they speak English fluently', maiGod.. I cant speak like them, I understand their conversation, but I tell you la kan (again) I cant speak like them, maybe bila i dah belajar oversea baru ok kot :P amboii.. but now im not a good speaker (YET!)
di sana pun sama, duit raya lebat habis ^^ hihi.. Alhamdulillah .
hayya cerita duit raya je lahh kann

bila nak balik nih. penat dahh -.-
huhh belum laagii

Pergi pulak rumah mama mas, pangkat cousin ayah rasanya.. kami datang rumah gelaaap je -.- grrr, sbb petang dahh kan. tapi kami ni 1st 'visitor' tauu selain family dekat macam anak2 dia ke.
makan sedapp, boleh la makan perut tak full mana sbb dari awal save perut , makan sikit2 je kat rumah2 lain.. haha. k lah fine padahal 'agak' x larat jgak tu , al maklum lah rumah kelima..
duduk di sana sampai isya' x silap...

ok balik!

oiiit, not yet..

ok lasstt!
rumah Mama Dahlia, kakak ayah.. rumah mama adalah rumah wajib 1st day raya ok. datang pulak malam2 buta, untuk apa?? MERCHUUUNS, bunga apii la ..apa lagi.. amboi seronok nya., kau tu dah besar maisarah oi..  mula2 warm up dulu bg budak2 kecik tu main bunga api, saya tak main ye.. :P
main mercun yang tak naik ke atas tu, alaa apa tah nama dia. biar lah .. google ehh?
pastu smpi lah abg Muhammad, mmg dia lah selalunya yg beli mercun hebat2 ..
hohhoo,

                   ni je yang termampu, lain semua tak nampak bunganyaa
and Finally go home ^^ What A LONG Day ? huh tired,never mind we have fun .. tadaa bye

Sunday 19 August 2012

Pengalaman Ramadhan'12

Assalamualaikum,Bismillah

Ramadhan telah pergi dan meninggalkan kita, kita pun tak pasti sama ada kita akan bertemu dengannya lagi atau tidak..

Saya juga tertanya2 adakah semua dosa dosa ku telah diampunkan, oh tidak pasti. Hanya Allah yg tahu... tetapi Ramadhan kali ini sangat seronok dan happy.. antara faktor nya ,meh saya cerita

   Pertama tama sekali sesungguhnya saya menanti2 Ramadhan kali ini dgn bersedia.Insyaallah.. sangat happy .. huiih sebulan lagi nak puasa, 3 mggu lagii, ok sediakan kereta or jet pejuang ke.. ok panaskan kan enjin, 2 minggu lagii! 1 mggu lagi, nak tarik gear dah ni., dan akhirnya berjalan lahh kereta tu jet pejuang pon boleh .. Masyaallah sgt lah gembira kerana dpt bertemu dgn Ramadhan Al Kareem. Ahlan Wa Sahlan kedengaran dan terdapat di merata tempat. post2 di fb, banner2 digantung di sekolah. Alhamdulillah.

   Seterusnya(amboih mcm essay pulakk), umi cakap Ramadhan tahun ini bulan Mujaahadah, bersederhana.! mmg sangat sederhana , sekali je kitorg pergi bazaar.. sbb umi x sempat masak. beli sikit je punn. act. start drpd last year kami x pergi bazaar sgt, jimat tau umi cakap.
kadang2 lauk ada 1, 2 je , apa? lapar sgt ke kalau ada 1 lauk je? ohh sama sekali tidak., itu pun perut bagai nok pecoh, kenyang sangat. air pun satu dua jenis je . takdelah macam before nk dekat 4 jenis sekalisekala.  haha.

   Lagi, Ramadhan tahun ni saya x stress sgt dengan pinggan mangkok ayon yang belambak dalam sinki tu. al maklum lahh adik2ku semuanya kecik2 lagi. kontot, mana sampai nk basuh, kadang yang besar pun sama (malasss)  tahun ni saya tekad, nak ajar diorg jadi lebih rajin., saya remind diorg almost 100x kali 'lepas makan cuci pinggan!!'
dan diorang mndgr kata.

   dan last, insyaallah. tahun ni saya dapat Iktikaf 3x, Alhamdulillah rezeki Allah pilih. yang pertama saya join usrah kawan buat iktikaf di uia,Gombak .. act. ketiga2 nya di uia. kedua, saya jd ajk bagi program iktikaf sekolah form1-3.. sgt best. dan last, ada yg sgt best kan.. yg ni PALING BEST, Iktikaf form4-5, selama 5 hari. fuyyo kann? tp saya sempat 4 hari sajaaa. umi suruh balik tolong2 dia di rumahh. byk bnda saya dapat masa iktikaf, dpt tilawah byk2, tadabbur berkumpulan sikit2, qiyam, tazkirah2 yang best, kakak fasi yang ohsemm. ha apalagi , ? umm, baca matsurat, kat rumah liat ye nak buat..

ha ni jelah setakat ni... seronok kan Ramadhan ?  dann x berapa nak 'over-excited' menjelang raya sbb sedih Ramadhan akan pergi.  . . .

Syukran kerana sudi membaca . moga bermanfaat .



Thursday 16 August 2012

Inspirasi diperlukan untuk mencapai Realiti

Assalamualaikum. Bismillah.

Cukup mencontohi orang laing kita dah dapat inspirasi, kalau saya .. orang yg boleh bagi saya inspirasi (ha saya list kan aje.. ) nanti olah la sikit . ;

-Ayah.. dulu study @ UK
-Cousin2 yang bijak, cerdik, pandai.. lagi2 yang belajar oversea.
salah satu cita2 aku nk belajar,menimba ilmu,mengembara di negara orang terutamanya U.Kingdom.!
ok sambung . next,
-Kakak2 senior yang dah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading
-Manusia yang kerjayanya tu adalah cita2 saya. Seorang Akauntan. seperti pakcik(sedara jauh) saya

Inspirasi dari mereka ni sangat besar. kadang kesusahan pun dapat beri inspirasi pada kita.. eh inspirasi ke? lbh krg semangat la


Inspirasi daripada ayah. ayah daripada umur dia 10 tahun bercita2 sangat nak study oversea . he's crazy about it.. so do I ..!!  sbb apa tau.. waktu umur dia 5-6 tahun (sek.ren. gitu) selalu sangat hantar org nak fly oversea.. dari situ gamaknya timbul semangat bercita2 ke sana juga ! dan akhirnya dapat. Alhamdulillah. yang paling best, ayah selalu cerita betapa sejuknya duduk di uk, sampai minusminus ten twenty punya darjah. macam mana hidup kt sana fuiih.. semangat saya dgr. mencabar gila, nak rasa. pastu ayah cerita how his first impression nampak atau rasa salji tu.. mat2 saleh semua pelik dgn ayah, mana tak nya melompat atas salji sambil menjerit2, ye la, keluar2 rumah salji dah bertimbun.. first time tu tengok salji. mestila jakun sikit haha :P
aku pun macam tu la jugak nanti kot. huhhh, berangan.. ^^

Inspirasi daripada cousin2, mereka ni kebanyakannya cerdik pandai semuanya.. boleh la jugak menanya2 mereka tentang tips2 belajar dgn baik bla bla (sorang je pun 'mereka' tu) closer la..
tapi ada sorang yang menuntut di UK.. waktu hantar beliau di airport, dalam hati tu rasa nak jerit. 'nak ikut-nak ikut' . best kan.. tajaan lagi

Lain2... salah satunya mencontohi kakak2 senior yang hebat2 dari segi Tarbiyyahnya, kepemimpinannya, huiih mmg tak boleh ditandingi . sangat ingin mencontohi mereka ! tapi saya pernah terbaca, kita kena belajar beat diri sendiri dulu, x yah sebuk beat org lain. terasa denn --' tak pe , ambil pengajaran . tapi mereka macam takde kekurangan langsung langsung! semuanya nampak perfect. dan kbykn yang hebat2 ni smstinya SPM mereka pun Da Boom(!) kann. straight. lagi sekali ! sangat ingin mencontohi mereka !

Sebenarnya banyak lagi benda yang memberi saya inspirasi.. penat pulak menaip ni.. hari pun dah malam.

*Ramadhan akan pergi 2 hari lagi :'( cukupkah amalan aku?
* jom sama2 tadabbur ayat quran, jgn khatam semata.

Tuesday 14 August 2012

Hostel-->Home

Assalamualaikum, Bismillah

Kelmarin adikku Form 1 ni balik dari hostel..
 wah2.. dah start cuti..

..... kami semua happy.. boleh la..

tapi ada someone yang excited terlebih.. musa.. amboii bukan main abg dia balik ye.

sebelum ni duduk la terpuruk dalam bilik 24/7 bermain games.. maklumla x de geng bak kata org.
kalau x pun main la lawan2 dgn girls..hang gila apa. mmg pun. kahkah.

sekarang abg dia dah balik.. terjerit jerit main itu ini.. atau over excited. dah ada geng

hari tu main la ping pong atas lantai. haha serious.. aku puns.

....

duduk rumah semestinya HAPPY.. umi ayah depan mata. teringat dulu aku di negeri seberang. Kelantan je punn. tapi, still faaar away from home..no enoungh money.. kadang2. sangat sedih

padahal sebelum masuk asrama bukan main excited lagi.. lebih bebas lah kononnya.. di rumah, asyik kena marah. x best la apa la..
Sekali dapat la masuk asrama.. homesick bukan main.. semua kena buat sendiri. tapi kehidupan di asrama sgt mengajar aku hidup berdikari. hehe best tau sbnrnya.

berbalik cerita adikku form 1 tu..dia pun lebih suka duduk asrama. duduk dgn kawan2.. akhirnya dia pun homesick.. mentang2 lah asrama nya sekangkang kera, ada ke suruh umi dtg everyday..
dan asyik mintak nak duduk rumah n pindah sekolah sebab rindu umi.

hari tu umi cakap.. tu lah, tak suka sangat duduk rumah.. umi pun biarlah. hantar jugak duduk asrama..biar tahu hargai duduk kat rumah.. maksudnya jadi lebih baik dan bersyukur duduk disamping umi n ayah.

waahh, umi sedang mendidik kami... humm semestinya...
tak de yang boleh tandingi kehidupan bersama family di rumah.
Baiti Jannati filArdh ..

Thursday 3 May 2012

bercuti update

Assalamualaikum =) Salam sejahtera saya ucapkan ..
kepada para hadirin sekalian, terima kasih kerana sudi mengunjung..

ok perasan diva pula
^_^
lama dah saya tak update blog saya ni .. huuu rindu..
rindu serindu rinduuunyaaa..

banyak idea nak berkarya ni,tapi tak terluah. tak pe.. ada hikmah.


~~ini dia faktor2 bilangan post saya x meningkat. @_@ poyo je


pertama tama sekali- Masalah teknikal - internet slow dan sebagainya..
dan saya anggap ini antara masalah dunia yg besar..membazir masa. susah nak edit blog supaya comel .


Periksa Pertengahan Tahun bak kata pepatah ''JUST AROUND THE CORNER !''
:p doakan daku :)
so saya takut nak on9 ni walaupun niat nak bukak 5 minutes je.. huh,.. jgn harap nak on internet 5 min. kan?? mana puas dehh ? so sy tekad x bukak.. terutamanya blog., blog lah punca utama saya kehilangan waktu begitu sahaja..

faham faham je lah
itu habit ataupun hobby

baiklah..Akhir sekali - Jadual hidupku yang begitu padat.ecececeee, bakal boss ni . well,  im sixteen year old cute comel girl dan masih bersekolah, mempunyai banyak homework yg kadang boleh tercungap2 gila. nasib baik tak kerja lagi, tengok org2 bekerja ni, byk nyaa paperwork dan prkara lain yg perlu dibuat. ,(ok patah balik) byk aktiviti yang perlu saya stayback di sekolah..  and i just act as cool as cucumber utk menghadapinya.. haha 'pepatah' lagi =) tiba2
tak pe, inilah tangga kejayaan ! walaupun nak naik tangga tak de halangan pun (langsung tak de okey). cuma tercungap2 lah sikit kann
cool n steady je (hanya profile picture saya shj.hehe)
saya minat kucing ni.
'as cool as cucumber' :P.
ala comel2! hehe


Akhirnya , utk harini..
tak sabar nak update lagi..  <3


Wassalam
dan
Salam Sejahtera sekali lagi


SENYUM!!

=)




Thursday 19 April 2012

Pekerjaan yang banyak pahalanya!

Assalamualaimum , Selamat Sejahtera ,
Salaaaam 1 Malaysia.. haha apa masalahku ..?, bajet YB pulak nih! ok x main lah kan.. dgn smangat sebegitu rupa..kihkih!

bercakap pasal YB..

today , I wanna share something..! , based on my economy teacher punya peringatan tadi.

''harini semua org berlumba2 nak jadi YB .. nak jadi org yg berpangkat dsbgnya''
''kenapa cikgu?''
''sebab semua orang nak kerja yang x bersusah payah tapi dapat banyak duit !,
 YB, kerja dia bagi talk di sana sini sinun je, dapat duit berjuta''

sebelum tu, cikgu mengajar pasal dividen, faedah dan sebagainya.,

cikgu cerita lah, kalau nak buat pinjaman (pinjaman di bank) biasanya akan dikenakan faedah sebagai kos pinjaman..

then ada murid mencelah,

''cg, faedah yang dikenakan tu bukan 'riba' ke''

''ye, itu riba''

.... saya pun, yang sgt bercita2 mahu menjadi akauntan ni pelik, dan menanyakan soalan

''cg.. (buat muka sedih) macam mana org yang kerja di bank tu cikgu?
  bukan ke dia terlibat sekali dengan riba tu?''

''macam tu lah, nak buat macam mana lagi..''

lepas tu cg pun mengingatkan kami dengan sesuatu yang membuka mata dan juga hati kecilku , ha ni lah yang nak buat topik ni ! ok bukak hati, minda untuk terima segala pendapat cg saya .

cg tanya, apa pekerjaan yang paling banyak pahalanya!? ye, guru... kadang2 ilmu yang disampaikan tu adalah amal jariah..yang pahalanya berterusan sampai kita meninggal, berterusan pahalanya ketika kita di dalam kubur.. selagi orang yg diajar tu mengamalkannya dengan baik!

cg pun berkata lagi ''orang sekarang mengejar pekerjaan yang gajinya banyak.. kaya, hidup senang...''
contohnya YB tadilah..

asal pandai je nak jadi Lawyer, Manager Bank, Busssiness Man dan sebagainya..

kemana perginya agama kita, disebabkan semua golongan cerdik pandai asyik dengan mengejar cita2 duniawi nya

''Ya Allah, terasa nya dengan apa yang cikgu cakap tuh!''
''saya kah orang itu''


dan... tinggallah orang2 yg x seberapa ni untuk jadi ustaz ustazah, Ketua apa2 benda agama..
yang tidak hebat dari segi akademiknya.... bukan bermaksud mereka tidak pandai, tetapi kena lah seimbang pengetahuan akademik dan agamnya.. baru mantop habes!.. ini serious.. betul apa.. cba cek

ok, semua yang spm nya x seberapa, ambil kos Syariah,  Pendidikan Islam dan seangkatan dengannya..

cg cakap, ''apa salahnya org pandai2 ni yg berbelas A spm nya... jadi cikgu, ustaz, ustazah, da'ie''

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

....... dengan apa yang cikgu kata tadi, saya termenung sejenak, memikir kembali apa yang dikatan cikgu saya tadi.. ada benarnya.. ''adakah aku bercita2 untuk mengejar kekayaan''.
minta dijauhkan perasaan sebegitu...

kadangkala. sebelum ni,  selalu juga saya terfikir nak jadi cikgu agama, pensyarah atau pun nak lanjutkan pelajaran saya nanti dalam bidang agama .. Syariah contohnya, sgt2 lah berminat sebenarnya tp x berapa nak 'bold' kan impian saya tu.. di dalam ''my dream path!'' hihi

kalau la saya nak lanjutkan pelajaran saya dengan jurusan macam tu, saya nak belajar di negara2 arab..
contohnya Syria, Mesir, Jordan dan lain lain..

hmm, saya serious..
 atau pun amik 2 degree terus., Sayariah, n Account! krooh2. waah hebatnya saya kalau macam tu

keliru2.. semua nya penuh dengan 'kalau' sebenarnya

'aku yakin allah dah aturkan perjalanan hidupku nanti'


bersabar je lah.. dan saya tak nak asyik 'ter' berangan je..
usaha tak de..


Kesimpulannya, segala pekerjaan tu ada pahalanya..  betul kan.. engineer, architect memajukan pembangunan negara . itu pekerjaan yang baik, sudah tentu ada pahalanya.. doktor, tolong orang! ada pahala! ACCOUNTANT ! hmm :( saya pun x berapa jelas.. haha.. insyaallah itu pekerjaan yang baik juga.

jadi.. apa pun cita2 .. kita kenalah ikhlas kerana Allah! jangan hanya utk mengejar kekayaan dan pangkat..

hancur sosioekonomi rasanya .haha! ada kna mengena ke? ye lah berebut pangkat semua tuh.. ada je kat Msia ni, politik terutamanya. blurp blurp.. ..berkkkk(sendawa..!) xD

ok dah , karang termengumpat politik negara kang, kena saman plakk ..


ini sahaja. yang baik itu dari ALLAH SWT, yang buruk itu dari saya senndiri..
ambillah apa yang baik..

''Buang yang keruh, Ambil yang jernih''

Wassalam,, <3












Wednesday 18 April 2012

IMAN . 'Up and Down'

Assalamualaikum..
How are you today !
Are you happy??!! I....hope so!
Are you okay ??!!
I.... hope so!

How Your IMAN..?? insyaallah, semua baik2 belaka

ok, saya?  hanya Allah yang tahu. :)

Today Im feel very happy ! I dont know why..

hari ni ada kelas hafazan , saya gembira kerana semalam saya dah bermodalkan sedikt hafalan untuk di tasmi' pada ini hari :) dan saya berasa semangat utntuk menghafal Al Quran , ingat org yg menghafal Quran dapat memberi SAYAFAAT kepada 9 orang ahli keluarga nya ! MasyaAllah..

mungkin disebabkan itu saya gembira..  saya suka, bila ada org nak pergi umrah, saya mmg pantang, msti nak kirim sesuatu. yeah kirim doa, tulis la dalam kertas, bermacam doa!.. dah mcm karangan dahh
dan 'bold' kan doa,, supaya dapat menjadi seorang hafizah yang solehah.,

saya bukan lah nak berbangga dengan cita2 atau impian saya ni.. saya juga mahukan kalian... utk bersemangat beramal ibadah..

sesungguhnya, saya bukan lah 'abid yang baik...

dgn cara ni.. saya pun BERSEMANGAT jugak..!! ye.. sep2

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ntah kenapa..hari ni,bila nak buat sesuatu, saya rasa happy, terasa Allah berada di sisi saya.. best lah..

bukan senang nak rasa macam tu.. kadang rasa nak nangis je bila muhassabah diri, dengan dosa yang banyak ni..

padahal sebelum2 ni saya kadang 'galok' habis, sampai rasa x khusyuk atau malas utk solat.
ASTAHGFIRULLAH!

kadang rasa hari ni saya better, besok saya worst.. dan begitulah seterusnya,.. sebab tu lah kita kna sntiasa konsisten, dengan  ibadah kita

kadang x  terfikir, tahu x tp x endah... yang Allah is Everywhere.. watch  me.. what im doing..

kadang jugak terasa sgt Allah is here, besides me.. he watch me !
nak bercerita lebih2 tu .. jagaaaa, takut termengumpat pula , ingat mengumpat tu sprti memakan daging saudara sendiri! Nauzubillah!

biasakan diri untuk tidak bercakap perkara lagha! ini bukan nasihat utk orang yg membaca je..
semestinya saya harus beringat jugak dgn nasihat sebegitu, disebabkan saya ni bukan lah seorang yang pendiamm :)


and one more things!

utk berbahagia didunia.. :) di akhirat juga insyaallahh . hehe.

masa pergi skolah pagi2, please! dont forget to 'salam' your mom,,(salam in BI apa yek?) never mind ^_^
tu sebagai restu ibu membenarkan kita keluar rumah, utk menuntut ilmu. ayah juga

kalau boleh, kiss la umi kite.. terasa kasih sayang dilemparkan, melalui ciuman di pipi . tak caya, ce cuba! peluk la sikit lama2, lama tu dari pagi sampai 3 stgh pm kita x jmpa umi kita kan (sekolah  ku la )

saya sehari tu kalau x kiss n salam umi, x aman hati masa kat skolah . SERIOUS!
rasa naaak je cepat2 balik..

dan .. (lagi)
mintak maaf to your mom, n ask for her doa.. sebelum pergi sekolah!
''umi , doakan kakak, hari ni ada subject susah"

''umi, doakan adik, biar senang nak hafal quran.. ''
manja2 la sikit , sementara ibu masih di sisi

mungkin disebabkan tu saya gembira hari ni...



---------------




TETAPI saya sedikit sedih dan sakit hari ni. ok out of topic sikit,.. sikit je tak banyak, i promise. ulcer ku become BIGGER AND BIGGER !! i cant talk much.
im not kidding..

n saya cuba untuk bersabar..

''ayah, ulcer kakak jadi besaaaar :( ''

''ingat kak, sahabat lagi suka kalau diorang sakit''

''kenapa?!''

''sebab lagi byk sakit lagi banyak kita dapat pahala., lagi banyak dosa kita diampunkan,
  sebab bersabar!''


huh.. dengan itu bersabar lah ketika jatuh sakit !

baiklah. The End..

Wassalam . Spread love <3












Tuesday 17 April 2012

My Dream Path !!

Assalamualaikum..

Saya pernah present Dream Path saya di hadapan kelas.. uuh, sukarela tau
in English Class.. uuuh kna speaking awakk. tercungap2 saya.. kalau mnulis karangan x pe la..

kongsi cita2 best tau...
sebab bila dah habis present..

''ok..class, semoga allah mengabulkan cita2 Latifah Maisarah, amiiinn'' ramai2 aminkan!
saya pun '' :') sukanya, terima kasihh!! ''



ok everyone!! kita mula dari bawah!! ingat 'Usaha Tangga Kejayaan''
tangga mula dari bawah kan..
.

.
.
.

.
.
.
.
.
.


.
.

.
.
.
.
.
.

                   7) May Allah Bless me.. 


                   6) Saya juga bercita2 untuk mempunyai Syarikat Perakaunan (something laa..)
                       sendiri.!! atau pun
                       salah satu cita2 abg saya adalah ingin menjadi seorg Arkitek!
                       saya pun ''kalau abg ada syarikat sendiri nanti, adik nak jd akauntan kat situ!, Partner la
                       lebih kurang ! ^_^ ''



                   5) maka., INSYAALLAH, cita2 saya sebagai Pro.Accountant termakbul..
                      ingat ,Allah dah merancang Qada' dan Qadar kita.. pesanan utk saya jga
                      Usaha -----> DOA -----> Tawakkaltu Ala Allah !
                       
                       doakan saya :)       



                   4) ni hasil perbincangan dalam class...
                    ok Matrik, Degree..nak ambil di UIA ingat, International !!, ramai kawan pelbagai bangsa
                    uhu, I like! n further lagi my study in Master, hopefully la kan, saya naaaaaak sangat sambung
                    belajar dekat ...
                    Europe.!!!!. 'i nak main snow,! thats all!'.hehe! serious, jgn pandang rendah kepada cita
                    saya..                        
                    hehe. i nak jadi Akauntan Bertauliah atau dikenali sbgi 'PA', harap maaf ye, bukan Personal    
                    Assistant(lantak la eja mcm mana pun)    tetapi ianya adalah Profesional Accountant.... ok
                    meh sini saya jelas kan mcm mana nak dpt PA ni , setakat yg saya
                    tahu la. nak jd PA ni kita kena amik 9 paper..
                    kalau kita dapat A dalam Perinsip Perakaunan , (Account la kan) in SPM
                    kita dikira dah ambil 1 daripada 9 paper yg saya cakap tadi, so tggl lg 8 paper untuk dapat kan
                    'PA' ni..
                                      



                  3) sementara tunggu result tu., saya nak masuk Darul Quran ! :) do for me..
                      org cakap, bkn senang nak masuk situ tau.. kerja?! ok x nak!
                      cg cakap 'rehat dulu lps spm tu! x yah merancang nak krja part time..
                      nnti kamu jd akauntan, huh, x da masa nak rehat!ok saya x kan lupa cikgu!
                    


                  2)    SPM ; ok semua org wish nak straight A right?!
                   me too! 11 A..  saya nak dapat biasiswa utk masuk U nanti ! x nak keluar kan duit umi ayah
                   pun, saya balas jasa umi ayah selama ni



                                     ni la my lovely, dearest mom!! dia sgt berjasa kepada saya!
                                      ayah x de di dalam gambar .. dia x ikuy kitorg g jalan! hehe

                                                     

                   1)    mula2 kena start daripada exam pertengahan tahun dulu..
                          ingat ni...  keretapi bergerak slow2 dulu baru laju .. kan.! ?
                          saya paling target nak A+ adalah my favourite subject;  ACCOUNT!
                         -Ekonomi
                         -Sains
                         -Math
                         -Addmath!
                    
yg penting banyak A !

Monday 16 April 2012

Alhamdulillah! my new blog

this is my first post for my new blog, bkn new account ye..

...nak meluahkan perasaan sikit ye..

betapa bermati2 matiannya saya nak login benda ni, verify code dan sebagainya..

ok, the story beginnn!

mula2 dia suruh kita login, ok letak email n password as usual..
pastu dia suruh letak number phone., ''nak ngorat i ke?''
ok never mind..saya pun letak.  saya letak my dad's ! haha

then dia suruh saya letak 'code'
''code apa pulak ni??!''
try punya try letak password dan sebagainya..
tidak juga menjadii..

WHAT DO YOU WANT FROM Me!! waaa :'(

whattado!??

okehh, try lagi!, .. never give up! well me.. xD


FINALLY , I found this > ''your code will be sent kat this number (my dad's number la)''

allah, bijak nya hambamu ini..

OK! call ayah n tanya apakah code yg di messagekann

ayah pun bagi tahuuuu..

ni code nya *******..
sapa dapat teka mmg power la!
ok, thats all
THE END !!


~~~~~