Monday 17 December 2012

Being The Best

Assalamualaikum, Bismillah.

Mengikut tajuk bergaya habis la konon macam saya ni the best. tak pe lah..sekadar pemangkin semangat . apa salahnyaa,, hehe.  hmm buat saya dan sesiapa yang membaca, kita kena sentiasa cari motivasi n inspiration. biar cita-cita kita tu sentiasa kita nampak. n tak sepatutnya membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan diri kita sendiri sebenarnya. Dalam facebook terutamanya. update perkara nonsense segala, saya pun. tgh belajar supaya semua benda tak diluahkan kat fb..hmm, benda tu membolehkan orang dengan mudah judge kita begitu dan begini. sebab cara kita bercakap menunjukkan siapa diri kita. (alaa macam interview, tengok selekeh sikit dah kurang keyakinan si majikan tu nak mengambil si dia tu sebagai pekerja.) ahha, ada kaitan ke?

bukan bermaksud untuk.. oh, di fb ni.. ramai orang akan tengok aku. so aku kena cover sikit. no! be yourself. berakhlak mulia. saya juga sedang belajar jadi lebih berakhlak dalam berkata dan act. caranya dengan tahu benda salah dan tidak. bercakap hanya yang perlu *saya juga. jangan bercakap benda yang boleh menjatuhkan imej kita sebagai muslimah contohnya. Pemalu dan berpada-pada gituu. fikir dan baru cakap. kadang kita terlepas cakap,hmm xpe. kita belajar dari kesilapan. ish, rasa nak letak je kat ending of setiap ayat bnda ni --> *Saya jugak . saya juga saya juga!!

all about me.. saya sedang belajar. saya nak kongsikan juga dengan orang. biar lebih semangat.. ye tidak? hehe.
Semua orang berjaya yang saya tengok lah kaan, semua petah dan hebat berkata2 . hmm cool, tidak 'gelojoh' dalam bertindak, berhati2, tidak 'over' dalam mana2 laman sesawang like fb, semua org menyenangi dia. hmm saya? hamboii, hanya Allah yang tahu.  sebab apa diorang macam tu? mungkin, *mungkin ye* sebab diorang tahu kalau asyik over kat laman sesawang, macam mana nak berjaya. *over sangat (*addict la tu. hihi) sampai  yang saya kenal setakat ni.. pelajar cemerlang semua tu mereka semua tak addicted to any laman sesawang kot. kalau mereka boleh kenapa bukan saya dan awak2 semua. menjaga masa seperti mereka

*actually, entri hari ni banyak mix sikit..dan agak panjang.. huhu, tapi saya teringin nak mengeluarkan apa yang saya rasa ni.. nevermind kalau tak nak teruskan*

baikla, Mereka yang berjaya ni semua tahu , we need to be the best. even everyone think they wanna be the best. haha if you get it. macam ni lah senang. asal kita tahu kita dah buat yang terbaik.. ha itu lah maksudnya kita dah jadi yang terbaik!  pendapat saya macam tu je. sedikit sebanyak dipengaruhi kata2 orang yang hebat dalam rancagan 'Entri Jameela' :D Kalau nak ikutkan diri saya ni. saya rasa saya tak cukup buat yang terbaik. PMR dulu saya akui mmg tak buat yang terbaik, sbb result tak mencapai sasaran . amatlah sedih perasaan tu memang tak boleh lupa. lama2 surut sendiri :) and! Final Exam hari tu pun. bukan pencapaian akademik yang terbaik. tapi saya dah usaha yang terbaik. So I am the Best!.. well, beat ourself .. bukan beat orang lain je ingat., asal kita tahu kita dah kalahkan 'kita yang dulu' . yang malas, yang teruk segala benda.

buat sesuatu dengan bersungguh2 ! saya akui masih lagi terasa malas tau. dah 3 hari tak bukak buku.. asyik bersukan je semenjak2 ni. sampai tak larat dah nak belajar. yang larat tu novel aje. haha baca buku jugak kan tu.

Nak berlari sikit hehe. sebab teringat..,, Prof Muhaya pernah kata., kalau kita hidup berdasarkan apa kata orang. kita tak akan bahagia. senang je faham kan. lagi pun dunia ni tak payah nak kesah apa orang cakap, bukan dengan judge mereka juga kita masuk syurga. kadang memang perlu kisah , tapi jangan melebih2. sebagai panduan contohnya, mungkin kita tersilap. asal kita tak melanggar syariah sudah. itu aje.

Ada juga yang berkata .. Kita nak berjaya , tiru cara orang yang berjaya, bukan menjadi diri orang yang berjaya tu..
Menjadi diri sendiri tu penting. sebab itu lah keselesaan kita.

Setakat ni sahaja..
Maaf entri agak lemah untuk focus kan seperti tajuk. Hope me n u dapat belajar something bermanfaat.

Saya rasa lebih bersemangat, sebab esok ada tuisyen :D Doakan! <3

BarakaAllahuFiikum.




Friday 14 December 2012

Semangat Tinggi Menggunung !

 Assalamualaikum, Bismillah

*amboi tajukk .. ahhaha!*

okey~Saya nak mulakan dengan kata-kata cg tusyen saya ni. cikgu B.Melayu. saya tak ingat nama dia apa.. oh x mngapa hihi, better tak sebut nama bukan?

dia cakap begini.. 'biasa orang pendiam ni benda yg dia fikir semua dia buat, orang banyak cakap ni tak pulaak, dia cakaap je .. tak buat pun'
Im not taking it serious but... emm. yea, Im the one who love to talk. what i dream, I will share it with ma families and friends. they all know what I wanna be one day. sbb apa tauu, ada pakar motivasi cakap, kita kena cerita kat orang apa yang kita cita2 kan. baru lah semangat nak laksanakan sebab kita seakan2 berjanji dengan cita2 kita tu. one day it will be happen gituu . so think positive. tak payah nak kesah semangat negative yang ada tu. Chill. be strong. baru hujan renyai2 je benda macam tu. jadilah gunung besar yang menghalang hujan. Be tough!

tapi ye. tapii!!
I'm afraid that I not 'walk my talk' . just afraid sbb selalu sangat fikir apa yang diinginkan. lupa nak berusaha.
Kini tidak lagi ..cewwah.. lebih bersemangat *calon spm ye saya.
Next year SPM x boleh main2 dah.. <--- aaaah ayat ni selalu sangat. harap bukan kata kata kosong ye kawan-kawan. hey support me. Im learning to walk my talk yaw

Cuti sekolah ni memang tak de benda nak buat selain tolong umi buat kerja rumah. tak boleh nak pilih ye nak tak nak buat. ianya kewajipan. KEBERKATAN. keberkatan waktu, keberkatan Ilmu n much more~ semuanya dari Ibu. bagi saya lah. jika salah harap beri pendapat.. so! masa diisi dengan surfing internet and baca novel-novel tertunggak. . beli je lebih, baca slowmo. banyak tau dah baca.

haa ini sahaja yang tinggal. actually ada satu lagi.





kembali kepada hala tuju asal . semangat nya adalah semangat belajar! semestinya.. tahun depan saya akan menduduki peperiksaan penting. itu salah satu sebabnya semangat. nanti ada lagi sebab.. hoho. study balik syllabus form4 semua. meh meh nak tunjuk nota saya buat ni. haaih bukan senang nak berenang melawan arus kemalasan dan godaan syaitan duk mengahadap fb tu. 
TARAA... see.

Economy bab 2


Inilah dia nota yang tak seberapa. ada banyak lagi.. entah tetiba terdelete.. tak larat nak tekan undo sbb kejadian terdelete tu dah jauh kebelakang
.

semangat lagi timbul dengan benda2 di bawah ni . Luv youu :D























Inilah meja kesayangan jantung hati ku. see pic. my mummy there. sambil belajar, Ingat umi yang susah payah menjaga dan mendidik. *ni baru lepas study.. haha xde keja, snap random.
you see all the reminders merangkap kata-kata semangangat di situ?  huhu
~Beauty~

nampak tak segugus medal tu. ihihik. saja je nak show off. lol ok merepek .. itu dah kebetulan ada nak buat cemana.

Baik.Alhamdulillah dengan segala yang dimiliki setakat ni.

*cukup cukup sudaaah, cukup sampai di sini saja* oh sudaah keluar lagu Nirwana. 


ok done for today. doakan usaha saya berhasil ya,,segala yang dirancang. kita kena tahu rancang masa depan kita. even bukan kita yang tentukan. here.. 'person who failed to plan are planning to fail' lebih kurang gitu lah madahnya. tak ingat. So, Fikir-fikir kan lah dan selamat beramal.

BarakaAllahufiikum . See ya!
           






Tuesday 11 December 2012

never forget

Assalamualaikum, Bismillah.

skrg dah lewat malam .. nak jugak update utk tenang meluahkan apa yang terbuku. sikit je. I promise .

segalanya tentang angan2 atau lebih manisnya Cita-Cita. kalau angan2 tu macam angan angan mat jenin je-macam angan-angan kosong. oh Allah., rasanya apa yang saya nakkan sangat selalu ada dalam otak , terfikir la itu ini. tiap hari tau. tak tipu.

sebab tu lah rajin semacam nak study. sbb dengan study lah segalanya bermula. *ecewwah. selain doa.
Ya Allah seronok nya kalau dapat jejak kaki kat Europe. sejukk , cantik.. pakai baju tebal2 bergaya. waah smart ^^. ayah lah idola pertama ku dalam hal-hal mcm ni. sumber inspirasi gituu. sbb ayah penah study overseas jugakk

saya takkan lupa apa yang saya cita-citakan. yang utamanya!-further study di Europe. tersangatlah gila pasal tu. haha.

semuanya membuak bila ada senior yang hebat hebat belaka. ouh jealousnya baca entri mereka yang belajar di overseas kat blog. ni jealous positive tau. hehe nak jugaak

tapi saya selalu ingat satu entri blog ni- never complain n compare.
harap saya tak macam tu. saya cuma jadikan segala2 nya yang buat kan saya jealous kononnya tu sebagai contoh or pedoman untuk terus do the best and keep going. never give up as well

doa. Ya Allah doa! tersangatlah jangan lupa or malas. yakin kan diri doa akan dimakbulkan kelak.
Allah Al Rahim Al Rahman bukan? maha pengasih maha penyayang.

doa, merayu... bagaikan Dia di depan kita. ohh nikmat rasa tu <3

saya selalu ingatkan diri spy tak malas n keep praying.

kalau malas bagaimana mampu menggapai bintang?  bukan?

ok..setakat ini sahaja. wassalam Love you. May Allah Bless all of us
 need to go to sleep its late already .

Sunday 9 December 2012

Mimpi Ke Bintang

Assalamualaikum , Bismillah

Bukan lah dimaksudkan 'mimpi' itu mimpi dalam tidur.

tetapi mimpi - Matlamat dan Impian

rasanya semua orang ada impian dan matlamat. Ingin menjadi Doktor, Engineer dan sebagainya.
Saya juga.! Saya teringin sangat nak merasa terbang ke negeri orang. yang pertama semestinya Mekah.. untuk menunaikan haji dan umrah. alangkah seronoknya.

Keduanya semestinya saya mahu menjejakkan kaki di negara bersalji. Europe! Saya nak further study di sana suatu hari nanti dalam bidang Economy and Islamic Banking.. alangkah seronoknya jika dapat biasiswa., ditaja.

saya sedar.. segalanya perlu persiapan. antaranya. BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH , Doa! Tawakkal.








saya sedar segalanya akan menjadi lebih mudah jika saya mendapat yang terbaik dalam SPM kelak.

perlu saya sedar juga-akan hal yang lebih penting adalah tunaikan HAK yang sepatutnya.

cuba kita bayangkan.. kita mahukan itu dan ini. tetapi apa yang Allah suruh iaitu hak Allah kita tak laksanakan. Solat dilewat2kan. dan sebagainya..
Apa yang Allah hendaki kita tidak laksanakan. macam mana pulak kita boleh berharap apa yang kita hajatkan, apa yang kitra mahukan ditunaikan dengan segera.
All about me. hehe

Doa! Allah sangat menantikan doa daripada hambanya. Allah lebih suka hambanya meminta2 , berharap kepadaNya. Allah bukan manusia yang lagi diminta lagi geram dibuatnya.  bukan?

dan , kita dianggap SOMBONG jika lepas solat tidak berdoa. oh, alangkah hinanya diri ni.

saya selalu berdoa agar yang saya mimpi-mimpikan selama ni tercapai.
Oleh itu, saya perlu lah selalu belajar bersungguh-sungguh. menggembirakan hati parents supaya berkat apa yang saya lakukan.

Oh ya. saya selalu tanya itu ini kat orang yang lebih senior tentang biasiswa dan bidang yang saya nakkan.. huhu. ada sorang ustaz ni, dia sedang buat master in Turkey rasanya. seronok bukan? dia banyak kongsi tentang belajar di luar negara n berkaitan dgn biasiswa juga.
Alhamdulillah.

ada juga sorang senior ni, semasa dia form4 dia bercita2 hendak ke Jordan dan belajar Economy and Islamic Banking (saya pun!) dan sekarang cita cita dia tercapai.

*so di sini, kalau mereka boleh, saya juga BOLEH.
INSYAALLAH.

May Allah Bless me and all of you. BarakaAllah. Love You <3

Thursday 6 December 2012

Membaca-Penulis: antara hobi dan minat

Assalamualaikum, Bismillah.

Actually I want to be a writer one day..
maybe it will be my part time job.. who knows? besides my job as 'Pegawai Bank'? hehe

next year on January, will be held a 'Bengkel Penulisan untuk muslimah'
fee; rm60..

waah n dijemput Fatimah Syarha my favourite author! and ayah allow me to go .. thank Allah


menulis menunjukkan apa yang kita rasa selain mengemukakan pendapat sendiri.. menulis sangat menyeronokkan selain kalau tak tahu how to suggest whats on our mind kaan . lagi pun menulis di samping membaca adalah hobi 'ketara' ku..

kita menulis dengan hati dan perasaan yang membuak.. ecewah ^^ seronok tauu. haha
Im not master in writing, yea. still learning. .. I will do my best though

you know, I love reading so much. I read newspapers , novels, books..  whatever lah
dan saya suka baca buku - penulisnya orang yang sama. dan buat koleksi. aah heaven.
macam author - Enid Blyton. I love you :D
                        -Fatimah Syarha . tp baru ada satu novel
                        - Abdul Latip Talib, Penulis Novel Sejarah no.1
Tema novel yang akan dicintai adalah, Sejarah, Novel Tauhid, n novel cintan cintun/versi islamik atau tidak (hehe)

Jadikan membaca itu sebagai hobi. masa terluang.. menghadap buku.. jangan lah dok bazir masa dalam lrt n tggu bas tengok orang lalu lalang or termenung. kebanyakan manusia yang saya perasan macam tu lah. takpe2 kita berlatih..
membaca! macam ni lah kita jadikan masa kita emas! berharga~

nak kongsi sikit ni.
ada pakar motivasi mengatakan.. kita akan lebih berkeyakinan jika selau menjinjing buku .
menjinjing ke orang panngil? Im not really sure. macam pegang buku kat tepi tu laah more less. nampak cam rajin ek. hehe... ni phsicology je.. tapi kita jangan menipu diri sendiri n orang lain. penat2 je bawa buku , tak baca pun. Ikhlas sikit :) jangan lah buat benda xdek faedah macam tu. senang cerita, bawa je bahan bacaan/buku kemana sahaja. Manfaat kan masa menambah ilmu sementara hidup ni.

Membaca Jambatan Ilmu, guys~

Do doa for me . May Allah bless all of us. <3