Sunday, 9 December 2012

Mimpi Ke Bintang

Assalamualaikum , Bismillah

Bukan lah dimaksudkan 'mimpi' itu mimpi dalam tidur.

tetapi mimpi - Matlamat dan Impian

rasanya semua orang ada impian dan matlamat. Ingin menjadi Doktor, Engineer dan sebagainya.
Saya juga.! Saya teringin sangat nak merasa terbang ke negeri orang. yang pertama semestinya Mekah.. untuk menunaikan haji dan umrah. alangkah seronoknya.

Keduanya semestinya saya mahu menjejakkan kaki di negara bersalji. Europe! Saya nak further study di sana suatu hari nanti dalam bidang Economy and Islamic Banking.. alangkah seronoknya jika dapat biasiswa., ditaja.

saya sedar.. segalanya perlu persiapan. antaranya. BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH , Doa! Tawakkal.








saya sedar segalanya akan menjadi lebih mudah jika saya mendapat yang terbaik dalam SPM kelak.

perlu saya sedar juga-akan hal yang lebih penting adalah tunaikan HAK yang sepatutnya.

cuba kita bayangkan.. kita mahukan itu dan ini. tetapi apa yang Allah suruh iaitu hak Allah kita tak laksanakan. Solat dilewat2kan. dan sebagainya..
Apa yang Allah hendaki kita tidak laksanakan. macam mana pulak kita boleh berharap apa yang kita hajatkan, apa yang kitra mahukan ditunaikan dengan segera.
All about me. hehe

Doa! Allah sangat menantikan doa daripada hambanya. Allah lebih suka hambanya meminta2 , berharap kepadaNya. Allah bukan manusia yang lagi diminta lagi geram dibuatnya.  bukan?

dan , kita dianggap SOMBONG jika lepas solat tidak berdoa. oh, alangkah hinanya diri ni.

saya selalu berdoa agar yang saya mimpi-mimpikan selama ni tercapai.
Oleh itu, saya perlu lah selalu belajar bersungguh-sungguh. menggembirakan hati parents supaya berkat apa yang saya lakukan.

Oh ya. saya selalu tanya itu ini kat orang yang lebih senior tentang biasiswa dan bidang yang saya nakkan.. huhu. ada sorang ustaz ni, dia sedang buat master in Turkey rasanya. seronok bukan? dia banyak kongsi tentang belajar di luar negara n berkaitan dgn biasiswa juga.
Alhamdulillah.

ada juga sorang senior ni, semasa dia form4 dia bercita2 hendak ke Jordan dan belajar Economy and Islamic Banking (saya pun!) dan sekarang cita cita dia tercapai.

*so di sini, kalau mereka boleh, saya juga BOLEH.
INSYAALLAH.

May Allah Bless me and all of you. BarakaAllah. Love You <3

No comments: