Thursday 23 May 2013

Ayam kepanasan. (wh..??! .. )

Salam, Bismillah.

hari rabu-semalam- 22 Mei jam 12.30 pm secara rasminya tamatnya exam Midterm. Honestly, the tittle tu mnunjukkan perasaan study last minute exam kali ni. rasa freedom tu tak leh blah macam dah habis spm aje. trial , spm tak habis lagi kak oi.

cite dia,tau tak menyesal tu macam mana..?! nak cakap  'kalau', tapi itu tanda kita tak redha. salah kau jugak leka alpa dengan kehidupan bagai tiada hala tujuan duk buat kerja x de faedah such- baca benda selain buku sekolah. ha, internet jugak.
lol nak salahkan demam pru *pru 2 hari sebelum periksa, tahu tekanan yang kemenangan kepada pihak yang tak sepatutnya ? dodol betul~

... before tu memang dah ready, sekali 2 hari before exam, fokus lari terjun laut-over nervous pasal pru.

lantak lah, si najib pulak excited hantar surat-pasal penerimaan BR1M  =..='
okay dah stop. i luv u najib.

tapi saya puas lah, even tak cukup tidur. Alhamdulillah la, dapat buat sekadar yang termampu, berkat doa umi ayah. tggu result aje lah. setiap pagi ayah akan cakap - 'dapatkan A kak! do yr best'
so I've done my best, kalau tak dapat A pun, asal kita tahu kita dah buat yg terbaik, itu sudah memadai. asal kita tahu mana silap kita(study last minute) then, next! kau study elok2 dari awal.
asal kita ada rasa perlunya improve, kau buktikan..! tapi i tak yakin dgn maths dan account, ada careless tahihidun exam hari tu.

well, Latifah Maisarah-bakal pelajar cemerlang terbilang (amiin!)yang lepas biarlah lepas, teruskan mendongak , kau daki slowly, dun toleh2, kang tergelincir.
bawak tali n perkakas secukupnya , baru rasa selamat .

yeahh! 'jika kau fikirkan kau bolleyy, kau hampir bolley melakukan' :P ~ lagu ni best!
padahal, huruf A tu mmg susah nak dapat semenjak2 tahun lepas-menengah atas. k, itu sejarah, jadikan pengajaran, bukan sesalan tahpape.

tak cukup tidur punya pasal, most of time, rasa nak tersengguk je sepanjang Sambutan Hari Guru siang tadi =='
pagi2 tu masa wakil2 batch duk bagi ucapan , almost 1 hour, i pun nap for 1 hour.
pelajar mithali betul.

tak pe, guru2, mereka pendidik bangsa..tanpa mereka, siapalah menteri2, siapalah doktor2, siapa lah kita kan?
nak selit-Selamat Hari Guru !  (siapalah agaknya yang baca. hantu je sbnrnya)
kalau ada guru yang membaca, ampunkan salah silap, ada cg yang ana x sempat wish.
hadiah, ana tak termampu nak beli, kalau nak beli rasa nak beli kat semua cg aje terus, sedih la main pilih2 nak bagi siapa kan.

ana hanya mampu doakan agar rahmat Allah sentiasa di sisi cikgu2 sama ada yg pernah or x prnh ajar ana ;)

Doakan ana success dunia akhirat. Jazakallahukhairan katheer ^.^





Monday 6 May 2013

PeaRyU 13

Bismillah.
Assalamualaikum

5 tahun lepas, pru 12.. saya otak udang lagi.. sekolah rendah.. mmg tak faham la apa yg parent2 tak puas hati segala.
sekarang pun masih berudang tapi takdelah seudang dulu. saya try faham and kaji (acece) perkara politik ni.. bukan apa, corrupcy is haram. pegang saham arak haram ! byk sgt maksiat malaysia kini..


haha.. now! saya tahu serba serbi . patutlah ayah dok cakap, jgn tengok tv3 , jgn baca akhbar yang berat sebelah.

'the tightest pru eva la this year' (sumber al jazeera yg tlh dikomikkan)



THE MAGICAL BLACKOUT !

the most annoying desperate actioned from BN evahh ! ha amek hang.. satu persatu disebut.



ni lah menimbulkan semangat kejadah dalam diriku nak jadi Penganalisis Ekonomi Berwibawa @ Pengamal politik Islam Berwibawa ni.. Accountant tu mungkin terlari sikit sbb dah ramai sgt nk jd accountant dlm sekolah..

Saya jahil lagi, baru 17.. banyak lagi tak faham .. saya teringin nak faham gila2 bab politik dan ekonomi ni (islam). bukan apa, politik dan ekonomi tu sebahagian dari agama jugak kan?..

But I'm taking spm this year.. Focus tak patut lari.

Mohon doa muslimin muslimat, agar saya menjadi seorang Berwibawa dunia akhirat.

Takbir!
Allahuakbar !

Last but not least - lebih baik kalah bermaruah! dari menang berasuah!



Friday 3 May 2013

JIHAD !

Assalamualaikum.. Bismillah !

Yeah, Jihad.. usaha yg bersungguh-sungguh utk mencapai kebaikan yg diredai Allah, lebih kurang gitu ye tak? saya ni tak arif sangat, itu copy dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu.kah kah.. Kira buat sesuatu dengan bersungguh2 la. huuu sedih, adakah saya dah sampai ke tahap 'jihad' tu.
Muhasabah.. muhasabah~

Belajar bersungguh, beribadah bersungguh. takde satu pun yang kita ambil mudah.

kalau nak cerita pasal adik saya sorang tu, bukan main punya usaha nak beli game utk  PS2 (playstation2) dia,  naik bas, turun bas, smpi wangsa walk. nak balik,. naik lrt pulak, sampai station terdekat naik teksi pulak ke rumah. hambooih, bukan main ya untuk cd games yang tak menuju ke mana tu. jangan contohi situasi macam ni ya.. ni bertentangan dgn jihad ~

jom, gaya study bersusah payah , bersungguh2 gitu jom!!
Menuntut ilmu tu kan sebahagian dari JIHAD. Allahu~

Pheew, rasa jihad tu memuncak terlebih sikit bila belajar bahasa arab.for me laa. ya, b.arab., bahasa AlQuran, bahasa Syurga.. susah tu of course, benda apa je yang senang kat dunia ni. saya x genius, saya tak pernah lulus ..ulang semula TAK PERNAH LULUS b.arab tinggi tu, tapi Alhamdulillah rasa nak belajar tu ada la jugak.
karangan tu sesak nafas tahap tinggi. kui kui.,

ahha, nak lebih, kena la usaha lebih..
'Allah memberi berdasarkan usaha' .. pedoman... pedoman~

tapi betul apa Ust Ayub cakap- baca, baca, baca.. bangun malam, belajar! ''kita menuntut ilmu ni class, kena ada pengorbanan. setiap kejayaan tu dimulakan dengan kesusahan dan pengorbanan''
and then ustaz cerita pengalaman ustaz belajar di mesir dulu kala.. ustaz bukan orang kaya, ustaz orang kampung aje, tapi Alhamdulillah, dapat jugak menuntut di negeri orang.

Saya nak jugak ustaz. saya nak.. pengalaman . saya nak belajar budaya mereka, kenal mereka, tahu cara hidup mereka. mungkin ada sesuatu yang positif: yang tak ada atau tak sama dengan cara kita dia negeri sendiri..? kan.. ha ... itu diaa, curiosity.. acewwaaah!

One Day~~~






saya nak belajar di oversea.!. (k. tetiba) InsyaaAllah !
Mohon doa ye. Aamiin
Amin Amin~
Jazakallah yang sudi meng'amin'kan. :D



p/s jujur saya cakap, sambil mengupdate ni, saya dapati lebih kurang 5/6 gigitan nyamuk di badan saya! 

Wednesday 1 May 2013

Assalamualaikum..

Wa Rahmatu Allahi Wa Barakaatuh.

huhu, saya rindu 'wajah' lama blog ni .. :'( menyesal pi tukar.. so sekarang, tak tahu macam mana nk betulkan balik. tapi tak pe, memang malas dan tak da masa pun nak buka buka, intai blog, neither fb. (perubahan besar yang saya alami.) acewwah.

pagi tadi berlangsungya bengkel Matematik.! presenter nya adalah Cikgu Nurliza, pernah mengajar di MRSM (woo!) dan sedang mengajar di SMK W.Maju. (err, ke taman melawati, oh pelupa sggh daku ini). sangat seronok.

Penutup nya aje ye, beliau kongsikan -

Di mata yang berjiwa kecil, masalah yang kecil kelihatan besar,
Di mata yang BERJIWA BESAR, masalah yang besar kelihatan kecil.

lebih kurang begitulah bunyik nya ^.^

bukan bermaksud si Jiwa Besar tu mengambil endah tak endah masalah yang dihadapi, tetapi dia selesaikan segala masalahnya dengan baik dan teliti, tidak tergopoh gapah, sehingga masalah itu kelihatan kecil aje,.. menghadapinya dengan penuh sabar. tidak selalu merungut.

oh, jiwa apakah kita?!

beliau juga ingatkan kami,
semua pun sedia maklum bahawa~~

Manusia ada 3 kategori :
1. Celaka : hari ini > teruk dari semalam DAN esok > teruk dari hari ini.
2. Terpedaya : hari ini = hari semalam.
3. BERJAYA : hari ini > baik dari semalam . dan esok > baik dari hari ini.

mentang2 lah bengkel matematik, terus keluar simbol matematik. hihik~

ahha ! Kategori manakah kita !? pang dush dush! sentap. mungkin selama ni saya terpedaya.?! huh, tersedar... bangkit! bangkit... pastikan kita dalam kategori yang ketiga- Manusia Berjaya.. Nauzubillah dari menjadi manusia celaka dan terpedaya tu.

tepat seminggu lagi Exam mid-term~ Doakan ya !