Wednesday, 1 May 2013

Assalamualaikum..

Wa Rahmatu Allahi Wa Barakaatuh.

huhu, saya rindu 'wajah' lama blog ni .. :'( menyesal pi tukar.. so sekarang, tak tahu macam mana nk betulkan balik. tapi tak pe, memang malas dan tak da masa pun nak buka buka, intai blog, neither fb. (perubahan besar yang saya alami.) acewwah.

pagi tadi berlangsungya bengkel Matematik.! presenter nya adalah Cikgu Nurliza, pernah mengajar di MRSM (woo!) dan sedang mengajar di SMK W.Maju. (err, ke taman melawati, oh pelupa sggh daku ini). sangat seronok.

Penutup nya aje ye, beliau kongsikan -

Di mata yang berjiwa kecil, masalah yang kecil kelihatan besar,
Di mata yang BERJIWA BESAR, masalah yang besar kelihatan kecil.

lebih kurang begitulah bunyik nya ^.^

bukan bermaksud si Jiwa Besar tu mengambil endah tak endah masalah yang dihadapi, tetapi dia selesaikan segala masalahnya dengan baik dan teliti, tidak tergopoh gapah, sehingga masalah itu kelihatan kecil aje,.. menghadapinya dengan penuh sabar. tidak selalu merungut.

oh, jiwa apakah kita?!

beliau juga ingatkan kami,
semua pun sedia maklum bahawa~~

Manusia ada 3 kategori :
1. Celaka : hari ini > teruk dari semalam DAN esok > teruk dari hari ini.
2. Terpedaya : hari ini = hari semalam.
3. BERJAYA : hari ini > baik dari semalam . dan esok > baik dari hari ini.

mentang2 lah bengkel matematik, terus keluar simbol matematik. hihik~

ahha ! Kategori manakah kita !? pang dush dush! sentap. mungkin selama ni saya terpedaya.?! huh, tersedar... bangkit! bangkit... pastikan kita dalam kategori yang ketiga- Manusia Berjaya.. Nauzubillah dari menjadi manusia celaka dan terpedaya tu.

tepat seminggu lagi Exam mid-term~ Doakan ya !







No comments: