Tuesday 30 July 2013

Debaran !

Assalamualaikum,
Bismillah..

Debaran Raya kah? ah sesuku jiwa aje bergembira tentang itu..

mana mungkin bergembira sepenuh hati !
haha cuti raya tahun ni hampir 2 minggu..homework boleh tahan~(pengsan..) lepastu  buka sekolah , PUI (Program Ulangkaji Intensif) 2 minggu sekejap lepastu TRIAL SPM ..!

lepas trial, rilek2 kejap(takpun sbnrnya) lepastu SPM !

ha, lama lagi ke , lama lagi ke??!

baru hari tu tekezzut dah masuk bulan July, jeng2 tiba2 Ogos nk menjelma..
bulan Ramadhan pun tiba2 tinggal lagi beberapa hari..

so jelas DEBARAN apa.kah.sebenarnya....

Honestly almost everyday aku asyik fikir tentang  spm.

orang bodoh memikirkan masalah,
orang pandai menyelesaikan masalah.


Alhamdulillah aku sedang menyelesaikan masalah. buat latihan sikit2. tapi rasa masih tak mencukupi sebab masih banyak buku latihan yang 'bersih'. Aku perlu 'mengotorinya' dengan sesegera mungkin. Yeah Bissur'ah!x2

and its one of my AZAM masa tahun baru 2013 hari tu untuk habiskan semmmmuaaa buku2 latihan.(sounds weird isn't it).
ohh pulun pulun !


Sedetik aku terfikir, rugi aje pulun bermatian2 , ibadah ibadah sunat tiada peningkatan .

ahha Tajdid niat, tajdid niat.   ingat.. ingat ! :'D


Hojyeahh! Selamat Memburu Malam LailatulQadr ! 


Oh Allah , tiada yang layak aku tuju selain dirimu..
Redhai hambamu ini dalam setiap gerak geri .. amin Ya Rabb.


Thursday 18 July 2013

Ramadhaan Mubaarak. Mega sale pahala

Ahlan wa Sahlan ya RAMADHAN
(terlewat seminggu!) ;'(

oh ye...Assalamualaikum wa Rahmatullah! lama benar tak update ya. sibuk kemain.. :)

Alhamdulillah dapat hidup di bulan Ramadhan yang mulia ni.. Seronok seronok !!

~masa makan kita digantikan dengan tadarrus, hafalan , study dan sebagainya..
~masa petang kita ready berbuka.. (ihik.) sebelum berbuka tu antara waktu makbul doa tau. haa doa byk2!
doa supaya dapat buat haji dan umrah di waktu muda, doa spy dapat buat persediaan yang terbaik untuk peperiksaan2 akan datang, doa spy menjadi anak yang soleh,  x lupa juga doa supaya dapat jodoh yang baik2. :) 
~dan! masa malam kita diisi dengan ibadah ibadah sunat..Qiyam, tahajjud, hajat dan sebagainya!.. lepastu elok lah study. Fresh!! bacaan diserap bagai sponge menyerap air. ewah ewah :D

Pada bulan Ramadhan- ibadah2 sunat pahalanya seperti ibadah Fardhu., banyak! apatah lagi pahala solat fardhunya. Maha Pemurah Allah Azza wa jalla :'D

Tapi di rumah ni, tadarus nya x berapa awesome, adik2 masih lagi tak menghargai dapat hidup di bulan suci ini. dekat2 waktu berbuka sempat lagi buka game (ps2) , tengok movie(HBO bla bla) dan buat perkara2 lagha'. haih lah, tu lah dajjal dalam rumah.. mungkin mereka masih lagi kecil. (aku dulu gitu jugak.., rasa malas nak puasa pun ada. jahil sungguh)

Harap mereka nanti akan rasa BETAPA BERUNTUNGNYA dapat hidup dalam bulan Ramadhan ni. tidak lagi buat perkara lagha'..

uhhukk, kalau macam di Mesir.,,macam akak Ireland tu story2[hihi hai kak ;)], mereka membaca Al Quran di mana sahaja. diorang rindu,sayang,cinta akan Ramadhan. hoh kat sini apa je lah istimewa nya Ramadhan di hati hati mereka..dek je, macam tak tahu betapa BESAR nya ganjaran yang Allah akan beri. tambahan lagi- baru puasa beberapa hari dah dengar lagu lagu raya kat kedai2 :3

Kat mesir, Ramadhan nya seperti raya kita di sini.. MasyaAllah hebatnyaa. teringin nak rasa suasana penuh barakah macam tu.

ok now! diri ini bercita2 nak travel ke bumi para anbiya' tu!!
tak kurang juga bumi Islam minoriti-europe. Mengembara. Ya Allah,izinkan lah ;')


Kalau macam tu kena la belajar betul-betul !
macam mana? tak boleh malas2, perlu rajin!

Di bulan MULIA ni.. diri ni nak minta maaf dari hujung rambut ke hujung kuku ibu jari kaki atas segala salah dan silap ya...
Jangan lupa berdoa agar waktu-waktu kita diberkati. supaya kita dapat buat banyak amal soleh lagi dan lagi !

doakan saya , hamba Allah yang lemah ni agar dapat tabah hidup di waktu2 sipi spm ni ya.supaya saya dapat study dan buat revision dengan jayanya!
Hanya Allah yang tahu betapa saya nak buat yang terbaik dalam pelajaran, hadiah untuk diri dan umi ayah <3
Diri ni pernah menangis bercita cita. mungkin terlampau besar? oh, usaha juga perlu besar ! :)

Bila diri kita berilmu, amal kita bertambah mantap!, dapatlah kita capai puncak taqwa itu nanti. dan., siapa tidak mahukan SYURGA bukan?! Impian orang2 soleh

Wallahualam. .
Assalam~~