Assalamualaikum, Bismillah
perlu ke cari teman? kawan? atau sahabat? semua tu datang dengan sendiri. iyeke? mengikut persepsi saya benda ni boleh dibahagikan:- (kalau macam pelik tolong betulkan) hanya persepsi saya. :)
kawan-classmates, schoolmates.. yang hello hye sesama kita, pass by tepi kita.
teman- yang selalu menemani kita susah dan senang
teman baik atau sahabat- yang selalu menemani kita susah senang, marah kita(menasihat), dengar sedih gembira kita. bukan hanya semasa senang didampingi kann?
sahabat ? apa kita mencari atau memulakan? sebaiknya kita memulakan.. memulakan untuk menjadi sahabat.. kita mula untuk memahami , menasihati, be a good-listener bila kawan susah. ha kat sini baru la kita mencipta sahabat. what you give , you get back right?
hidup ni bukan dicipta untuk kita seorang. see, kat bumi ni ada ramai orang. berguna lah untuk saling membantu dan memahami bukan? bila susah didengari, bukan dijauhi.
kebanyakan yang saya nampak hanya berkawan-bergelak ketawa sama sama. tapi bila kita atau kawan bersedih.,susah,? huh, siapa kesah? tapi Alhamdulillah saya ada yang diberi nama 'sahabat', yang caring dan baik hati :D syukur Ya Allah.
kita mahu kan sahabat yang sampai ke syurga. iaitu sahabat yang selalu ingatkan kita kepada Allah. bersahabat dengan niat kerana Allah <3
Alhamdulillah saya ada sahabat seperti yang dimaksudkan.
saya nak kongsikan petikan dari AlQuran:
''Teman teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa''
ayat 67 surat AzZukhruf.
so, jom kita berusaha menjadi lebih bertakwa dan perbaiki niat kita bersahabat. saya juga..
saya tak nak jadi teman karib yang akan bermusuhan tu.
Nauzubillah .
Moga kita hidup dengan lebih tabah ! Chill !
No comments:
Post a Comment