Assalamualaikum
Bismillah
tika aku menulis ni, hati sedih ..air mata meleleh tanpa sedar.
Aku juga berdosa.. manusia sangat pendosa..
Siapalah aku untuk menegur..
Adakah kesempurnaan perlu untuk mengajak kebaikan?
Kalau begitu , tiadalah siapa di dunia untuk mengajak kebaikan.
Tidakkah kita sedar hidup ini sementara saja ?
tidakkah nanti kita merasa rugi,
padahal hidup didunia ini puratanya 60 tahun saja ? tetapi 'disana' beribu2 tahun.. yang umpama seharinya bagai seribu tahun ?
Kehidupan abadi itu disana.. mahukah kita menyesal di akhirat nnti .. 'sepatutnya aku bersabar seketika, rupanya aku didunia tidak lama.'
Kita ini ciptaan terbaik , mempunyai akal dan fikiran. KITA INI KHALIFAH .
'Keluar' lah mencari Allah sang Pencipta
sampai kan kebaikan islam walau sepatah, kerana itu anjuran Rasulullah saw.
saya juga ingatkan diri, bahawa dunia ini sudah akhir zaman..
Jom, mari sama2 memberi sesuatu kepada agama., dan menjadi ummat islam yang baik !
InsyaAllah..Wallahualam..
Assalamualaikum ^,^
No comments:
Post a Comment