Monday, 5 August 2013

sangkaan o.O?

Salam ! Bismillah~ Ramadhan berbaki beberapa hariiiiiiiii je lagi :'(
Untung siapa yang dah khatam, laaagi untung kalau khatam sekali dengan tafsir nya. phuh. aku lagi 5 juzuk.
Boleh2, insyaAllah

lalala .. nak cerita pasal sangkaan lah kan, ada banyak jenis. antaranya hurm, sangkaan yang tak berapa kena dengan kita.

Ada orang sangka aku darjah 6, padahal masa tu aku dah FORM 4 ! aihh awet muda betul. tapi tu sangkaan positive lah kan. no hal.. ke sebab perangai aku cam budak darjah 6. eh tak lah..
Ada orang pulak sangka aku ni kakak usrah, cehh bagi aku orang yg handle2 usrah ni hebat2 belaka. oh aku ?!  pelik, meleset sama sekali. eh tak2. tak meleset mana insyaAllah saya solehah(ihikks) . tapi tak lah sehebat 'mereka'.
Ada orang sangka aku ni rajin study, sebab aku suka tegur-
'ehh cana study, okay?' ,
'heh, ana? waduh, doakan la ana rajin macam enti'

hmm, rasa bersalah bila hakikatnya kita tidak lah seperti apa yang disangka. so,perlu lah berusaha ke arah tu. kang jadi benda lain pulak, talam dua muka. depan lain belakang lain. nauzubillah.
Tapi aku rasa aku ni sama je kot, ada satu 'muka' je insyaallah. cuma kat sekolah macam gila sikit , kat rumah i serious you. well i kakak sulung. ada 5 adik kat bawah.  haha -.-

Lepastu, nak cerita sangkaan kita kat seseorang la kan, orang berjubah, mesti baik punyaaa, yg sekeh cam ayam ni mesti perangai tah pape. ada orang cakap dont judge a book by its cover. tapi lah kan i DO judge a book by its cover, (even the real book, ahhaa). kira gini lah kan, bila kita jadi interviewer, nk interview bakal pekerja kat syarikat kita, tiba2 masuk lah sorang ni berpakaian seluar tracksuit dgn baju tshirt. rambut pun mcm baru bangun tidur. cakap pun cam orang mabuk, ngeh macam ni ke gaya bakal pekerja berwibawa ?
Tapi, apabila masuk pulak seorang ni, berpakaian rapi, berkolar, rambut disikat kemas, pakai perfume lagi. bila ditanya tentang itu ini, dia jawab dengan penuh yakin. hmm calon yang baik, sangka kita.

So, luaran menampakkan dalaman?  wallahualam, tp bagiku begitulah.

bila kita berpakaian kemas, pekerti elok, insyaAllah lah nmpk dalaman kita tu macam mana sebenarnya.
hmm, sebab tu lah bila kita nmpk someone tu pakai kopiah, elok je berjubah, berkain pelikat baju melayu ke apa, nmpk la manis nya di situ, ni calon suami mithali la apa kan.(tp make sure solat subuh di masjid.hehe). perempuan pun sama, pakai tudung elok2, baju tak menmpakkan bentuk badan, terserlah lah sifat2 wanita solehahnya tu ^.^v kan kan kan . terus cakap, ni wanita melayu terakhir.
luar elok dalam elok. dalam elok luar elok. k keling.. betul la kan ;)

so so so so, jaga lah pakaian kita . eh ? haha yes..
ha dan jangan lupa, bila orang sangka whatever yang sebenarnya kita tidak lah macam tu, doa2 supaya kita betul2 seperti apa yg disangka orang. jangan kau kembang lupa diri, hipokrit pulak. diri ni khasnya.

ok dah penat..
jom solat terawih. pastu tidur.. mengantuk2
(sakit kepala jugak)

Doakan daku ya sahabat sekalian. Wallahualam
<3 Assalam~



Saturday, 3 August 2013

Iktikaf, life and.. lalala

Assalamualaikum, Bismillah..

nak kata tgh break study kejap pun entah lah.

'me'update while listening to One Direction songs. ghee, mental rest kejap.haissh

Hari tu iktikaf 2 hari 2 malam, di Masjid Negara. awhsome tak hengat.! makanan sedap2, facilities pun terbaekk, tandas siap ada shower, prayer hall, speech hall, semua aircond. serba selesa. bilik aku xde aircond, i memang x men aircond sangat you .. satu-resdung tahap petala ke8, satu lg sbb susah nak bangun.
memang sepanjang slot aku bawak sweater/jaket. haihh cana nk gi uk ni. (ehekk)

so what I want to tell hurmm,, is keseronokan beribadah tu. masa tarawih Imam baca sedap la. even penah tersengguk2. grr.. agak mengantuk. terawih lg mengantuk dari Qiyam, sbb terawih tu perut kita full, lg satu sebab kat rumah aku solat terawih sendiri, surah yang dibaca pun hafal so lebih khusyu' lah kot.
Tapi tak tahu lah mana satu ganjaran lebih besar :') solat berjamaah kah solat sendiri kah. (bagi perempuan).
Ibadah lebih tertumpu, gajet apa segala memang tak de. so, yeah~!

Slot2 yang ada pun best, tersengguk tetap ada ya :P tapi slot Ramadhan dan Hati (forum) sangat lah ., awesome! especially penyampaian dari k.Azah :D tak tahu macam mana boleh ke laut cerita pasal kahwin muda.. kekeke. semua memang mata terbeliak. cerita pasal kematangan selepas bergelar isteri dan ibu, tentang preparation kita SEKARANG sebelum berkahwin. ha amek. perlu dibesarkan ya.
juga tentang , bukan seakadar menjadi suami isteri romantis ke hape, tapi pasal perkahwinan yang membawa ke syurga, dan itu lah matlamat kita.
huhu. rasa nak kahwin muda? haha aku nak belajar kat uk dulu.InsyaALLAH!
ke nak kahwin kat sana? ok gedik.bye.

Tentang keadaan sejuk tak sejuknya hall2 yang ada kat situ, ada my fghen ni siap bawak selimut ! share dgn kawan sebelah, gahaha.
sweater cukup. . .

Tentang tilawah nya Alhamdulillah banyak lah jugak dapat baca. tapi x tadabbur sangat :( sikit2 je.
Baca je banyak2 sebab kt rumah mmg agak susah, byk sangat godaan. ah, alasan je.huhu

Ramadhan pun tinggal hujung hujung,, Allahu, siapa tak mahukan lailatulQadr. tapi bukan senang nak dapat kot., takpe2, kita doa banyak2!! doa sungguh2, doa apa sahaja. ha doakan daku ^.^ moga berjaya dunia akhirat.
rasanya hampir semua orang berpengalaman doa2 nya pada bulan Ramadhan dimakbulkan.
aku jugak, tak payah lah cerita. tapi bila dah dapat tu, phuhh, hanya Allah yang tahu, ohh berlinangan air mata..
Tentang spm dan tentang cita2 ku sejak menengah rendah ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas spm tidak juga dilupakan..
sungguh2 aku mahukan..
Tentang kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat,
Tentang mati dalam iman.
Tentang, banyak lagi :')


Baik, maafkan salah silap ^.^ Doakan ku berjaya dengan cemerlang dalam spm dan berjaya dunia akhirat..

Assalam <3





Tuesday, 30 July 2013

Debaran !

Assalamualaikum,
Bismillah..

Debaran Raya kah? ah sesuku jiwa aje bergembira tentang itu..

mana mungkin bergembira sepenuh hati !
haha cuti raya tahun ni hampir 2 minggu..homework boleh tahan~(pengsan..) lepastu  buka sekolah , PUI (Program Ulangkaji Intensif) 2 minggu sekejap lepastu TRIAL SPM ..!

lepas trial, rilek2 kejap(takpun sbnrnya) lepastu SPM !

ha, lama lagi ke , lama lagi ke??!

baru hari tu tekezzut dah masuk bulan July, jeng2 tiba2 Ogos nk menjelma..
bulan Ramadhan pun tiba2 tinggal lagi beberapa hari..

so jelas DEBARAN apa.kah.sebenarnya....

Honestly almost everyday aku asyik fikir tentang  spm.

orang bodoh memikirkan masalah,
orang pandai menyelesaikan masalah.


Alhamdulillah aku sedang menyelesaikan masalah. buat latihan sikit2. tapi rasa masih tak mencukupi sebab masih banyak buku latihan yang 'bersih'. Aku perlu 'mengotorinya' dengan sesegera mungkin. Yeah Bissur'ah!x2

and its one of my AZAM masa tahun baru 2013 hari tu untuk habiskan semmmmuaaa buku2 latihan.(sounds weird isn't it).
ohh pulun pulun !


Sedetik aku terfikir, rugi aje pulun bermatian2 , ibadah ibadah sunat tiada peningkatan .

ahha Tajdid niat, tajdid niat.   ingat.. ingat ! :'D


Hojyeahh! Selamat Memburu Malam LailatulQadr ! 


Oh Allah , tiada yang layak aku tuju selain dirimu..
Redhai hambamu ini dalam setiap gerak geri .. amin Ya Rabb.


Thursday, 18 July 2013

Ramadhaan Mubaarak. Mega sale pahala

Ahlan wa Sahlan ya RAMADHAN
(terlewat seminggu!) ;'(

oh ye...Assalamualaikum wa Rahmatullah! lama benar tak update ya. sibuk kemain.. :)

Alhamdulillah dapat hidup di bulan Ramadhan yang mulia ni.. Seronok seronok !!

~masa makan kita digantikan dengan tadarrus, hafalan , study dan sebagainya..
~masa petang kita ready berbuka.. (ihik.) sebelum berbuka tu antara waktu makbul doa tau. haa doa byk2!
doa supaya dapat buat haji dan umrah di waktu muda, doa spy dapat buat persediaan yang terbaik untuk peperiksaan2 akan datang, doa spy menjadi anak yang soleh,  x lupa juga doa supaya dapat jodoh yang baik2. :) 
~dan! masa malam kita diisi dengan ibadah ibadah sunat..Qiyam, tahajjud, hajat dan sebagainya!.. lepastu elok lah study. Fresh!! bacaan diserap bagai sponge menyerap air. ewah ewah :D

Pada bulan Ramadhan- ibadah2 sunat pahalanya seperti ibadah Fardhu., banyak! apatah lagi pahala solat fardhunya. Maha Pemurah Allah Azza wa jalla :'D

Tapi di rumah ni, tadarus nya x berapa awesome, adik2 masih lagi tak menghargai dapat hidup di bulan suci ini. dekat2 waktu berbuka sempat lagi buka game (ps2) , tengok movie(HBO bla bla) dan buat perkara2 lagha'. haih lah, tu lah dajjal dalam rumah.. mungkin mereka masih lagi kecil. (aku dulu gitu jugak.., rasa malas nak puasa pun ada. jahil sungguh)

Harap mereka nanti akan rasa BETAPA BERUNTUNGNYA dapat hidup dalam bulan Ramadhan ni. tidak lagi buat perkara lagha'..

uhhukk, kalau macam di Mesir.,,macam akak Ireland tu story2[hihi hai kak ;)], mereka membaca Al Quran di mana sahaja. diorang rindu,sayang,cinta akan Ramadhan. hoh kat sini apa je lah istimewa nya Ramadhan di hati hati mereka..dek je, macam tak tahu betapa BESAR nya ganjaran yang Allah akan beri. tambahan lagi- baru puasa beberapa hari dah dengar lagu lagu raya kat kedai2 :3

Kat mesir, Ramadhan nya seperti raya kita di sini.. MasyaAllah hebatnyaa. teringin nak rasa suasana penuh barakah macam tu.

ok now! diri ini bercita2 nak travel ke bumi para anbiya' tu!!
tak kurang juga bumi Islam minoriti-europe. Mengembara. Ya Allah,izinkan lah ;')


Kalau macam tu kena la belajar betul-betul !
macam mana? tak boleh malas2, perlu rajin!

Di bulan MULIA ni.. diri ni nak minta maaf dari hujung rambut ke hujung kuku ibu jari kaki atas segala salah dan silap ya...
Jangan lupa berdoa agar waktu-waktu kita diberkati. supaya kita dapat buat banyak amal soleh lagi dan lagi !

doakan saya , hamba Allah yang lemah ni agar dapat tabah hidup di waktu2 sipi spm ni ya.supaya saya dapat study dan buat revision dengan jayanya!
Hanya Allah yang tahu betapa saya nak buat yang terbaik dalam pelajaran, hadiah untuk diri dan umi ayah <3
Diri ni pernah menangis bercita cita. mungkin terlampau besar? oh, usaha juga perlu besar ! :)

Bila diri kita berilmu, amal kita bertambah mantap!, dapatlah kita capai puncak taqwa itu nanti. dan., siapa tidak mahukan SYURGA bukan?! Impian orang2 soleh

Wallahualam. .
Assalam~~