Monday, 3 June 2013

SPM here we go..! Iyo Qo? (iye ke?)

Assalamualaikum. hehe.
Bismillah.

saja nak ingatkan diri pasal spm. just want to share, calendar kat bilik i still 'april'  -..-
act,have no idea what should I put for the tittle.
shalalala..

lol, sekarang memang sedang memberi dan menerima motivasi. menerima motivasi daripada kakak2 yang cemerlang2 gituu-yang dah masuk uni. luar or dalam negara.
memberi motivasi tu-kat kawan2 lah..kawan rapat je.  ^.^ ceh ,puyuss ,. harap2 diri ni serba sedikit termotivasi-dari kakak2 senior n sedara.

as my cousin told me - u study sampai 10.30-11 pm aje.. tido awal, bangun 4 am.ha study time tu elok! istiqamah. i pun mmg nak berlatih n merajinkan diri, spy tak lah tekejut bukak sekolah nnti.. actually i da bangun pkl 4am tadi-umi yg kejutkan i lol.umi ckp-'kuat betul bunyi alarm!!' (well, bilik umi kat depaaaaan sekali., bilik i belakaaang sekali) choii, tido macam ape je. -,-. haha  umi pun nak temankan ayah sahur pagi tadi. so that, i pun.. kk bangun. jap tidur kejap for a minute. bangun2 dah pukul 6. grrr!.
buat lah apa yg patut then bukak buku. tak sampai setengah jam., i sambung tidur. tak payah nak cerita lah kan bangun pukul berapa. k stop (.)

hala tuju pulak..
masuk cerita lain - dulu memang semangat petala ke-7, even more - bila cerita bab account ni. jakun sikit lah bila someone tu belajar accounting lagi2 kat overseas. skrg pun still semangat. tapi tak macam dulu.
umi tak galakkan i further account lepas spm nnti.of course lah terjerumus kerja2 accountant ni.even kalau jadi pensyarah pun, study dia boleh tahan sesak nafas jugak. 'tak yah keje sibuk2 lah, nnti adik DAH KAHWIN kang susah,kerja sibuk, kalau amik English, boleh jugak praktik kan kat ANAK2' . cehh umi dah fikir jauh. haha. saja menggedik besarkan part tu.
i mmg suka English, tapi setakat ni kalau dapat pun, gred B aje, mmg susah nak dpt A .

i memang cinta setulus hati sepenuh jiwa raga kat account. dari form 2 kot., sampai lah form 4, even form 5 masa awal2 tahun, mmg nak further ACCA kat aussie or uk.hoho! u see, u see, semangat tuu. mmg banyak2 class i suka tersengguk , tertidur pun. tapi account tak pernah youu!. then umi tengok i dah macam nazak dgn addmath umi cadang kan ambil english. first thought, I was like -,- erkk, jauhnnya beza. then umi pun cerita kebaikannya. heyy, global demand tinggi kot kini. aceceh.. (sebab ada saudara ambil course ni, huhu now tak tinggal di Malaysia, dia tinggal di Riyad., kahwin ngan orang sana.mengajar. muehehe.)
kerja pun senang sebagai seorang wanita atau isteri mithali kelak (ngeehehe, mengada kejap.)

~~sebalik kegembiraan ni, sedih tahap ayam goreng hangus bila bengkel subj.Account hari tu, performer iaitu CgSila (yang FamousAmous tu) , dia tanya 'ada sesiapa kat sini nak jadi Accountant??!' . tak de siapa angkat tangan. hissh, diorg ni tak semangat langsung,padahal ade je yg nk jd accountant tau. ouuh, I was. bukan setakat Accountant, tapi CHARTERED ACCOUNTANT. satu kelas even batch rasanya tahu apa kerjaya impian ku. rasanya kalau i tetap dengan cita2 yang sama, i akan angkat tangan setinggi and secepat yang mungkin, kesah apa dengan sekeliling. tak payah nak malu sangatt. habis bengkel diorang tanya- 'tipaa! asal tak angkat tangan??', i pun cerita la apa yang patut  ~~

as time goes by, i pun search2 google nak bagi semangat teruskan kehidupan untuk ambik spm ni. sebab semangat untuk account dah makin pudar. even math and addmath. ok now i dah drop addmath. bahasa takda kaitan dengan addmath ya.
so, belajar TESL or Linguistic pun boleh further kat UK or Aussie whaaat.. :D malaysia mmg dah ada link dgn Queensland Univ and byk lagii dlm bidang ni.. haa, moreless laahh. memang uni kat aussie yg bagi tajaan terus kalau kita perform well kat sini. saya lah tu bakal good performer in English . SOOooooon Soonn. AMEEN!
in additional, i pun memang suka bercakap n menulis. hoh! membaca tak kurang juga :'D <3
nyot, nyot., sesiapa ada cadangan, silalah bagi tahu yea. tak habis kaji lagi pasal Linguistic dan seangkatan dengannya ni.

ayah pun cakap-
tak yah study kat Malaysia, gi uk terus. amiin. Jauh perjalanan luas pandangan. gagahkan hati nurani jiwa raga!
Ya Allah, aku harap, aku tak berangan aje lebih. Doakan ye.
well, kita pun tahu,
keinginan--usaha--dreams come true. hehe.

tengah excited cousin nak further lagi utk Phd Engineering kat UK.

*mengada kejap guna 'I'*

cadangan, nasihat, pandangan dan seangkatan dengannya  akan diterima sepenuh hati. lagi lagi part Linguistic ni. I''ll appreciate it.

do pray for me. Jkkk

p/s-malu ada sorang teacher kesayangan pernah meninjau blog ni.

wassalam ;)








Thursday, 23 May 2013

Ayam kepanasan. (wh..??! .. )

Salam, Bismillah.

hari rabu-semalam- 22 Mei jam 12.30 pm secara rasminya tamatnya exam Midterm. Honestly, the tittle tu mnunjukkan perasaan study last minute exam kali ni. rasa freedom tu tak leh blah macam dah habis spm aje. trial , spm tak habis lagi kak oi.

cite dia,tau tak menyesal tu macam mana..?! nak cakap  'kalau', tapi itu tanda kita tak redha. salah kau jugak leka alpa dengan kehidupan bagai tiada hala tujuan duk buat kerja x de faedah such- baca benda selain buku sekolah. ha, internet jugak.
lol nak salahkan demam pru *pru 2 hari sebelum periksa, tahu tekanan yang kemenangan kepada pihak yang tak sepatutnya ? dodol betul~

... before tu memang dah ready, sekali 2 hari before exam, fokus lari terjun laut-over nervous pasal pru.

lantak lah, si najib pulak excited hantar surat-pasal penerimaan BR1M  =..='
okay dah stop. i luv u najib.

tapi saya puas lah, even tak cukup tidur. Alhamdulillah la, dapat buat sekadar yang termampu, berkat doa umi ayah. tggu result aje lah. setiap pagi ayah akan cakap - 'dapatkan A kak! do yr best'
so I've done my best, kalau tak dapat A pun, asal kita tahu kita dah buat yg terbaik, itu sudah memadai. asal kita tahu mana silap kita(study last minute) then, next! kau study elok2 dari awal.
asal kita ada rasa perlunya improve, kau buktikan..! tapi i tak yakin dgn maths dan account, ada careless tahihidun exam hari tu.

well, Latifah Maisarah-bakal pelajar cemerlang terbilang (amiin!)yang lepas biarlah lepas, teruskan mendongak , kau daki slowly, dun toleh2, kang tergelincir.
bawak tali n perkakas secukupnya , baru rasa selamat .

yeahh! 'jika kau fikirkan kau bolleyy, kau hampir bolley melakukan' :P ~ lagu ni best!
padahal, huruf A tu mmg susah nak dapat semenjak2 tahun lepas-menengah atas. k, itu sejarah, jadikan pengajaran, bukan sesalan tahpape.

tak cukup tidur punya pasal, most of time, rasa nak tersengguk je sepanjang Sambutan Hari Guru siang tadi =='
pagi2 tu masa wakil2 batch duk bagi ucapan , almost 1 hour, i pun nap for 1 hour.
pelajar mithali betul.

tak pe, guru2, mereka pendidik bangsa..tanpa mereka, siapalah menteri2, siapalah doktor2, siapa lah kita kan?
nak selit-Selamat Hari Guru !  (siapalah agaknya yang baca. hantu je sbnrnya)
kalau ada guru yang membaca, ampunkan salah silap, ada cg yang ana x sempat wish.
hadiah, ana tak termampu nak beli, kalau nak beli rasa nak beli kat semua cg aje terus, sedih la main pilih2 nak bagi siapa kan.

ana hanya mampu doakan agar rahmat Allah sentiasa di sisi cikgu2 sama ada yg pernah or x prnh ajar ana ;)

Doakan ana success dunia akhirat. Jazakallahukhairan katheer ^.^





Monday, 6 May 2013

PeaRyU 13

Bismillah.
Assalamualaikum

5 tahun lepas, pru 12.. saya otak udang lagi.. sekolah rendah.. mmg tak faham la apa yg parent2 tak puas hati segala.
sekarang pun masih berudang tapi takdelah seudang dulu. saya try faham and kaji (acece) perkara politik ni.. bukan apa, corrupcy is haram. pegang saham arak haram ! byk sgt maksiat malaysia kini..


haha.. now! saya tahu serba serbi . patutlah ayah dok cakap, jgn tengok tv3 , jgn baca akhbar yang berat sebelah.

'the tightest pru eva la this year' (sumber al jazeera yg tlh dikomikkan)



THE MAGICAL BLACKOUT !

the most annoying desperate actioned from BN evahh ! ha amek hang.. satu persatu disebut.



ni lah menimbulkan semangat kejadah dalam diriku nak jadi Penganalisis Ekonomi Berwibawa @ Pengamal politik Islam Berwibawa ni.. Accountant tu mungkin terlari sikit sbb dah ramai sgt nk jd accountant dlm sekolah..

Saya jahil lagi, baru 17.. banyak lagi tak faham .. saya teringin nak faham gila2 bab politik dan ekonomi ni (islam). bukan apa, politik dan ekonomi tu sebahagian dari agama jugak kan?..

But I'm taking spm this year.. Focus tak patut lari.

Mohon doa muslimin muslimat, agar saya menjadi seorang Berwibawa dunia akhirat.

Takbir!
Allahuakbar !

Last but not least - lebih baik kalah bermaruah! dari menang berasuah!



Friday, 3 May 2013

JIHAD !

Assalamualaikum.. Bismillah !

Yeah, Jihad.. usaha yg bersungguh-sungguh utk mencapai kebaikan yg diredai Allah, lebih kurang gitu ye tak? saya ni tak arif sangat, itu copy dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu.kah kah.. Kira buat sesuatu dengan bersungguh2 la. huuu sedih, adakah saya dah sampai ke tahap 'jihad' tu.
Muhasabah.. muhasabah~

Belajar bersungguh, beribadah bersungguh. takde satu pun yang kita ambil mudah.

kalau nak cerita pasal adik saya sorang tu, bukan main punya usaha nak beli game utk  PS2 (playstation2) dia,  naik bas, turun bas, smpi wangsa walk. nak balik,. naik lrt pulak, sampai station terdekat naik teksi pulak ke rumah. hambooih, bukan main ya untuk cd games yang tak menuju ke mana tu. jangan contohi situasi macam ni ya.. ni bertentangan dgn jihad ~

jom, gaya study bersusah payah , bersungguh2 gitu jom!!
Menuntut ilmu tu kan sebahagian dari JIHAD. Allahu~

Pheew, rasa jihad tu memuncak terlebih sikit bila belajar bahasa arab.for me laa. ya, b.arab., bahasa AlQuran, bahasa Syurga.. susah tu of course, benda apa je yang senang kat dunia ni. saya x genius, saya tak pernah lulus ..ulang semula TAK PERNAH LULUS b.arab tinggi tu, tapi Alhamdulillah rasa nak belajar tu ada la jugak.
karangan tu sesak nafas tahap tinggi. kui kui.,

ahha, nak lebih, kena la usaha lebih..
'Allah memberi berdasarkan usaha' .. pedoman... pedoman~

tapi betul apa Ust Ayub cakap- baca, baca, baca.. bangun malam, belajar! ''kita menuntut ilmu ni class, kena ada pengorbanan. setiap kejayaan tu dimulakan dengan kesusahan dan pengorbanan''
and then ustaz cerita pengalaman ustaz belajar di mesir dulu kala.. ustaz bukan orang kaya, ustaz orang kampung aje, tapi Alhamdulillah, dapat jugak menuntut di negeri orang.

Saya nak jugak ustaz. saya nak.. pengalaman . saya nak belajar budaya mereka, kenal mereka, tahu cara hidup mereka. mungkin ada sesuatu yang positif: yang tak ada atau tak sama dengan cara kita dia negeri sendiri..? kan.. ha ... itu diaa, curiosity.. acewwaaah!

One Day~~~






saya nak belajar di oversea.!. (k. tetiba) InsyaaAllah !
Mohon doa ye. Aamiin
Amin Amin~
Jazakallah yang sudi meng'amin'kan. :D



p/s jujur saya cakap, sambil mengupdate ni, saya dapati lebih kurang 5/6 gigitan nyamuk di badan saya!