Monday, 5 August 2013

sangkaan o.O?

Salam ! Bismillah~ Ramadhan berbaki beberapa hariiiiiiiii je lagi :'(
Untung siapa yang dah khatam, laaagi untung kalau khatam sekali dengan tafsir nya. phuh. aku lagi 5 juzuk.
Boleh2, insyaAllah

lalala .. nak cerita pasal sangkaan lah kan, ada banyak jenis. antaranya hurm, sangkaan yang tak berapa kena dengan kita.

Ada orang sangka aku darjah 6, padahal masa tu aku dah FORM 4 ! aihh awet muda betul. tapi tu sangkaan positive lah kan. no hal.. ke sebab perangai aku cam budak darjah 6. eh tak lah..
Ada orang pulak sangka aku ni kakak usrah, cehh bagi aku orang yg handle2 usrah ni hebat2 belaka. oh aku ?!  pelik, meleset sama sekali. eh tak2. tak meleset mana insyaAllah saya solehah(ihikks) . tapi tak lah sehebat 'mereka'.
Ada orang sangka aku ni rajin study, sebab aku suka tegur-
'ehh cana study, okay?' ,
'heh, ana? waduh, doakan la ana rajin macam enti'

hmm, rasa bersalah bila hakikatnya kita tidak lah seperti apa yang disangka. so,perlu lah berusaha ke arah tu. kang jadi benda lain pulak, talam dua muka. depan lain belakang lain. nauzubillah.
Tapi aku rasa aku ni sama je kot, ada satu 'muka' je insyaallah. cuma kat sekolah macam gila sikit , kat rumah i serious you. well i kakak sulung. ada 5 adik kat bawah.  haha -.-

Lepastu, nak cerita sangkaan kita kat seseorang la kan, orang berjubah, mesti baik punyaaa, yg sekeh cam ayam ni mesti perangai tah pape. ada orang cakap dont judge a book by its cover. tapi lah kan i DO judge a book by its cover, (even the real book, ahhaa). kira gini lah kan, bila kita jadi interviewer, nk interview bakal pekerja kat syarikat kita, tiba2 masuk lah sorang ni berpakaian seluar tracksuit dgn baju tshirt. rambut pun mcm baru bangun tidur. cakap pun cam orang mabuk, ngeh macam ni ke gaya bakal pekerja berwibawa ?
Tapi, apabila masuk pulak seorang ni, berpakaian rapi, berkolar, rambut disikat kemas, pakai perfume lagi. bila ditanya tentang itu ini, dia jawab dengan penuh yakin. hmm calon yang baik, sangka kita.

So, luaran menampakkan dalaman?  wallahualam, tp bagiku begitulah.

bila kita berpakaian kemas, pekerti elok, insyaAllah lah nmpk dalaman kita tu macam mana sebenarnya.
hmm, sebab tu lah bila kita nmpk someone tu pakai kopiah, elok je berjubah, berkain pelikat baju melayu ke apa, nmpk la manis nya di situ, ni calon suami mithali la apa kan.(tp make sure solat subuh di masjid.hehe). perempuan pun sama, pakai tudung elok2, baju tak menmpakkan bentuk badan, terserlah lah sifat2 wanita solehahnya tu ^.^v kan kan kan . terus cakap, ni wanita melayu terakhir.
luar elok dalam elok. dalam elok luar elok. k keling.. betul la kan ;)

so so so so, jaga lah pakaian kita . eh ? haha yes..
ha dan jangan lupa, bila orang sangka whatever yang sebenarnya kita tidak lah macam tu, doa2 supaya kita betul2 seperti apa yg disangka orang. jangan kau kembang lupa diri, hipokrit pulak. diri ni khasnya.

ok dah penat..
jom solat terawih. pastu tidur.. mengantuk2
(sakit kepala jugak)

Doakan daku ya sahabat sekalian. Wallahualam
<3 Assalam~



No comments: