Monday, 12 August 2013

Idul Fitri .


Assalamualaikum,Bismillah..

Memang agak sedih meninggalkan Ramadhan,
tapi kita sendiri maklum,Syawal tiba tanda kemenangan. ehek, malam raya kawasan perumahan aku dah meletop letop. aku dek je, baca2 buku, tengok tv..surf internet. tapi bila malam buta tu baru terasa lah bahagia menjelang Syawal tu. ewwahh~

first day, seperti biasa. Solat Aidilfitri.. then adat istiadat bersalam salaman, beri duit raya..
dan segala yang anda tahu tentang raya kita camana ye. ahha saya di Malaysia, bukan di Jepun nor UK.

lepas segala adat istiadat beri duit raya., kami ke rumah my Tok-belah umi. memang rancang semua pakcik makcik belah my mom pergi sana lah di pagi raya.. umi pun dah siap segala makanan, catering , masak sendiri dan sebagainya. so, senang kerja ye dok.
Memang ramai orang. sangat Best !

Before Zuhur, we rushed to my dad's uncle's~~ He's a Tan Sri, dah berumur, tapi masih gagah la (ni i cerita di episod kemudian ya)
but, but.. ! dia suruh pergi beraya di rumah dia cepat2, sebab around 3o'clock, dia kena tidur,hehe biasala dah sedikit berumur- 89 y.o... wow!... ahh senang, aku panggil 'beliau'. i respect him so much! and he's my idol..  beraya di rumah beliau.. memang kena speaking.. kau cakap malay, semua terpinga2 lah lebih kurang..(bersambung di entri lepas ni ya.insyaAllah) huhu

seterusnya, selepas itu, kemudian.. kami beraya lah ke mana sahaja-saudara mara yang rapat2 dulu la. haha kes malas nk cerita-bnyak sangat. ..

Petang2, kami bertandang ke rumah mama.our makcik.. belah ayah.
padahal dah jumpa dah tengahari tu.. biasa la, kita tukar2 rumah.. sepuluh kali jumpa pun kesah apa.. asalkan awak gi rumah kita, pastu kita pulak gi rumah awak. ha camtu lah. haha. raya di malaysia je kot macam tu. wallahualam. so, Kami disana sampai sebelum isya' then balik. sbb adik dah mula meragam.erk

so, raya pertama, kedua , - khamis dan jumaat-kami berjalan2 ke sana ke mari, sebab ayah- antara cousin nya, dia paling muda, so dia kena lah ziarah yg lebih tua tu.

then,Raya ketiga-Sabtu, pagi2 tu rehat lah kejap. bernafas sikit. haihhh nazak kot 1st n 2nd raya.. dah tengahari sikit tu kami pergi shah alam. ke PJ entah. dan, x ingat ke rumah siapa. haha. around 3 pm kitorg prgi rumah mama,our makcik, hehe pergi lagi, sebab yahngoh(pakcik) and family from Kuantan baru sampai. so, kitorg lepak sana saaaampai malam bute, tengok Malaysia vs Barca sekali. :D bagai nak pecah kot rumah. menjerit macam orang gila !


Masa nak balik, kitorang tangkap ler gambor kenang kenangan :D masa ni jam 11/12 malam. haha.




ahha ini dia. ok sopan santun



FREE STYLE ! peace ! entah macam mana jadi hantu gini .. haha .
*si adik yang kat sebelah kiri sekali tu, baru bangun tido, mamai lagi. so, abaikan..geeehe~

haishh, ni kecik je ni, ramai lagi kot sebenarnya.
Tapi, lawa kan gambar2 tersebut. dan masa tu gelak dan melawak memang non-stop.. huhu, kitorg jumpa setahun sekali kot. mana taknya sorang kat selatan sorang kat utara. Eh, macam melampau pulak. ye lah, kuantan dan kl.. agak susah la nak jumpa, sebab masing2 sibuk dengan kerja dan sekolahnya kan.

Nak diikutkan, kami adik beradik lebih rapat dengan belah ayah lah, memang gila gila :) belah umi kurang sikit, sebab yang besar, besar sangat, yang kecik, kecik sangat.. macam tu lah ^.^  tapi dua2 best !

Wallahualam,
seronok beraya, buku memang tak boleh letak tepi !! khas utk diri ni.

raya, raya jugak,,, haiissh, solat perlu awal waktu..*tampar pipi sendiri
I admit la jugak,solat kadang agak terlewat duk raya2 ni. hurrm..  doakan ya.

*duit raya masih diberi kot* hihi
dan sori atas kecelaruan bahasa. tengah malam buta duk update, mana tak nya.

Salam ! see Ya ! <3





No comments: